Saleha dan Joshua selamat disatukan | FOTO: Instagram Siti Saleha |
HANYA dengan sekali lafaz, pelakon Siti Saleha selamat bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada pagi Sabtu.
Majlis penyatuan dua hati itu berlangsung secara tertutup di sebuah resortdi Janda Baik, Pahang dengan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat kedua mempelai.
Pasangan dua sejoli ini dinikahan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Baharum Abdul Rahman.
Pada majlis istimewa itu, Joshua, 38, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 kepada Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharum, 35, beserta lima dulang hantaran, berbalas tujuh.
Sekitar majlis pernikahan Saleha dan Joshua | FOTO: Instagram Siti Saleha |
Pelakon drama Dia Imamku itu meluahkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang berjalan lancar dan dipermudah.
"Selepas lebih tiga tahun hidup bersendirian, akhirnya saya menemui pasangan serasi. Hanya tiga bulan bertunang, saya kini kembali menggalas tanggungjawab sebagai isteri," katanya sebagaimana dipetik daripada portal BH.
Saleha kelihatan anggun dalam persalinan pengantin berona putih, manakala pasangannya segak berbaju Melayu dengan warna sedondon.
Terdahulu Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017, bagaimanapun bercerai pada 2022 setelah perkahwinan itu gagal dipertahankan. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- cinta-syafiq-kyle-mimi-lana-kini-bersatu
- akhiri-zaman-bujang-fikry-ibrahim
- wanna-ali-selamat-bergelar-isteri
0 Comments