Hot Posts

6/recent/ticker-posts

K-Drama adaptasi novel, Ms.Hammurabi bawa kisah menarik tentang perundangan


NASKHAH yang mengangkat tema undang-undang adalah genre popular drama televisyen Korea yang memfokuskan pada sistem perundangan dan kes di negara itu.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini menampilkan drama daripada genre tersebut berjudul Ms. Hammurabi, sebuah karya adaptasi novel dengan juduul sama oleh Moon Yoo-seok.

Drama terbitan 2018 itu mengisahkan tentang tiga hakim, Park Cha Oh-reum lakonan Go Ah-ra, Im Ba-reun (L), dan Han Se-sang (Sung Dong-il), yang bekerja dalam sistem mahkamah sivil di Seoul.

Telah pun mula bersiaran mengisi slot Saranghaeyo On 2, setiap Rabu dan Khamis, jam 8 malam di TV2 dan RTMKlik, Ms.Hammurabi berkembang dengan watak utama ketiga-tiga hakim mempunyai pendekatan berbeza terhadap tugas mereka.

Park Cha Oh-reum mengambil pendekatan yang lebih empati dan peribadi, Im Ba-reun bergantung pada pemikiran analitikal dan logiknya, manakala Han Se-sang membawa pengalaman bertahun-tahun bersamanya. Perbezaan prinsip masing-masing begitu ketara.

Dibandingkan dengan Park Cha Oh Reum, Im Ba Reun adalah lelaki dingin yang menjunjung prinsip keadilan adalah untuk semua. Dia kurang senang dengan hakim junior Park Cha Oh Reum yang terlalu bersimpati dalam menyelesaikan kes.


Drama 16 episod itu menyorot isu-isu sosial dengan cara yang sederhana, realistik dan saling berhubung kait membabitkan isu kesamarataan jantina, jarak sosial yang berbeza dan penyalahgunaan kuasa.

Meskipun jalan ceritanya serius, naskhah ini turut menyelitkan unsur humor untuk meredakan ketegangan sepanjang penceritaannya.

Drama ini memaparkan perjalanan mereka dalam menangani kes-kes yang mencabar, di samping menekankan pentingnya empati, integriti, dan perjuangan demi kebenaran dalam sistem perundangan.

Ms. Hammurabi bukan sahaja sebuah cerita mengenai undang-undang, tetapi juga mengenai bagaimana membuat keputusan yang adil dalam kehidupan yang penuh dengan pelbagai perasaan dan tekanan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments