Hot Posts

6/recent/ticker-posts

GV11: Akur tersingkir, impian Ronnie ke final lebur

| FOTO: Astro Gempak

IMPIAN Ronnie untuk meneruskan persaingan di pentas akhir program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) tidak menjadi kenyataan apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu separuh akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Ronnie atau Shahron Hussein, 44, tampil menyampaikan lagu Impian Cinta nyanyian asal Rem dan Revolusi (Bunkface) hanya memperoleh markah sebanyak 59.70 peratus (%), sekali gus berada di tangga paling Bawah.

Bagaimanapun vokalis Hyper Act itu sudah melakukan yang terbaik, cuma nasib sahaja tidak menyebelahi dirinya untuk melangkah ke pentas akhir sebagai finalis.   

Sementara itu, Dadali Dyrga akhirnya berjaya menduduki carta teratas buat pertama kalinya setelah 11 minggu beraksi apabila persembahannya menerusi dua buah lagu Datuk M. Nasir iaitu Suatu Masa dan Apokalips telah menambat hati juri dan penonton.

Penyanyi asal Indonesia itu dinobatkan sebagai juara mingguan dengan markah 74%, sekali gus berjaya membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi dengan wang tunai berjumlah RM2,000 dan barangan Adabi bernilai RM500.

Mengiringi Dadali Dyrga, lima lagi peserta yang berjaya melangkah ke pentas final ialah Liza Aziz, Sheila Abdull, Ning Baizura, The Lima dan Zehra Zambri.

Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap, serta Datuk M. Nasir sebagai juri jemputan.

GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry AlHadad disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam. - 7KLIK

Kedudukan dan markah peserta pada minggu Separuh Akhir

1. Dadali Dyrga - Suatu Masa & Apokalips (74.10%)
2. Liza Aziz - Malaysia Baru & Bukan Dia Tapi Aku (73.90%)
3. Sheila Abdull - Drama & Satu  (67.90%)
4. Ning Baizura - Ingin Bersamamu & Sangkar Cinta (67.40%)
5. The Lima - Jangan Lafazkan & Terhangat Di Pasaran (65.60%) 
6. Zehra Zambri - Ingkar & Biar Sampai Ke Bintang (64.50%)
7. Ronnie Hussein - Impian Cinta & Revolusi (59.70%) - TERSINGKIR 


ARTIKEL LAIN:


Post a Comment

0 Comments