JUARA Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), Liza Aziz membawa agenda baharu dalam perjalanan kerjaya seninya.
Siapa sangka pada usia 62 tahun, dia mencipta kejayaan penuh bersejarah dan momen terbaik ketika namanya terpinggir dan dipandang sepi sebelum ini.
GV11 telah memberikan sinar penuh indah untuknya agar terus berkembang dan mengharum sebagai anak seni. Walaupun saya sedikit terkilan melihat diva seberang Kris Dayanti mencuri ‘limelight’ Liza dalam lagu Cinta, ia terubat dengan persembahan solo Liza.
Lagu I Surrender itu pasti memberikan markah yang lebih untuknya berbanding duet. Seperti yang saya katakan pada catatan sebelumya, persaingan juara adalah antara Liza Aziz dan Ning Baizura. Ternyata ia benar.
Berada di tempat kedua, Ning juga membuktikan masa depan dia sebagai penyanyi masih ada nyawa. Ning perlu ada strategi yang baik selepas ini. Miliki single yang merdu seperti album pertamanya dahulu, pasti nama Ning akan mekar kembali.
Zehra Zambry dan Sheila Abdull pun ada ruang untuk pergi jauh. GV11 telah membuka banyak mata tentang bakat kedua-duanya. Selama ini mereka berdua tenggelam tidak timbul sedangkan bakat ada. Justeru selepas ini teruslah melangkah lebih tinggi dengan perancangan yang lebih menyakinkan.
Memasuki edisi ke-11 tahun GV, sudah sewajarnya ada sesuatu yang baharu perlu diberikan. Mengambil contoh program Akademi Fantasia dan One In A Million (OIAM) yang menghadiahkan single baharu untuk kesemua finalis, mungkin 'idea' sebegini perlu dipertimbangkan untuk finalis GV.
Dengan adanya single terkini setiap finalis boleh terbang lebih tinggi dan tidak menumpang lagu orang lain di pentas akhir lagi.
GV12 perlu berubah dari semua segi jika ingin terus kekal relevan dengan misinya mengilap bintang lama seperti Liza Aziz dan ramai lagi yang wajar diberi pendedahan.
Musim baharu GV akan dating harus berbeza. Daripada pengacara ke barisan juri, perlu orang lain. Jika ingin dikekalkan juri, bagi saya hanya Datuk Syafinaz Selamat.
Yang lain sila ‘kemas bagasi’ anda sekarang. Kalian tidak diperlukan lagi untuk musim akan datang. Tok Ram jadi pengarah muzik sudahlah. Posisi itu milik anda.
Bonda Hetty dengan 'gepreknya' itu biarlah sekadar menjadi sejarah di GV11. Kerusi juri itu berilah peluang kepada juri baharu yang wajar digilap.
Nabil Ahmad dan Jihan Muse sudah terlalu 'over' untuk GV. Sherry AlHadad? Bolehlah, untuk menggantikan Jihan cuma perlu ada lebih X-Factor.
~ Nota by Jebat Iskandar ~
(**Penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili pendirian 7Klik mahupun mana-mana pihak)
ARTIKEL LAIN:
0 Comments