Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cipta kejutan manis, Hening Rindu juara AJL39

Marsha sebak dan hilang kata-kata sebaik lagu nyanyiannya Hening Rindu dinobatkan sebagai juara lagu AJL39 | FOTO: TV3

LAGU Hening Rindu ciptaan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh yang dinyanyikan oleh Marsha Milan mencipta kejutan manis apabila diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pada malam Ahad.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan gandingan tersebut membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM100,000 dan trofi.

Naib juara dimenangi lagu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera, hasil ciptaan oleh Hael Husaini dan Iqie Hugh melayakkan menerima wang tunai RM50,000 dan trofi, manakala Saksama nyanyian Akim & The Majistret (Akim & The Majistret dan Bunga Cantik) pula menduduki tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.

Nadeera bergelar Naib juara menerusi lagu Bukan Lagi Kita dan Akim & The Majistret di tangga ketiga dengan Saksama | FOTO: TV3


Ernie dan Aina masing-masing memenangi Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik | FOTO: TV3

Sementara itu, Ernie Zakri menepati ramalan ramai apabila memenangi kategori Vokal Terbaik menerusi lagu Aura dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 dan trofi.

Tampil dengan persembahan memukau berkonsepkan jantung menerusi lagu Puas Sudah, Aina Abdul ternyata mengungguli kategori Persembahan Terbaik, melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM12,000 beserta trofi.

Lagu lain yang turut memberikan saingan ialah adalah Diam nyanyian Hael Husaini, Sengaja (Amir Masdi), Pujaanku (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz), Risiko (Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique) dan Terus Bersinar (Hafiz Suip).

Kesemua finalis diadili oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Edrie Hashim, Ed Samad, Datuk Ahmad Izham Omar, LY, Fauziah Latiff, Siti Hajar, Datuk Hattan, Datuk Fauziah Nawi dan Edry Abdul Halim selaku ketua juri.

Barisan pemenang AJL39 | FOTO: TV3

AJL39 yang mengangkat Nada Rasa sebagai konsep dan tema persembahan pada edisi kali ini dihoskan oleh Nazrudin Rahman dan Sissy Imann. Sissy turut membuat penampilan istimewa dengan bermain piano sambil terapung ketika segmen persembahan pembukaan.

Acara muzik berprestij itu turut diserikan dengan persembahan oleh  Wani Kayrie, Shiha Zikir, Ara Johari dan Noki K-Clique untuk segmen pembukaan, manakala segmen penutup pula menyaksikan penampilan Datuk Nasir, Amir Ukays dan Sham Visa. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments