Syafiq, Mimi selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri |
PASANGAN pelakon popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana selamat disatukan dalam majlis penikahan yang berlangsung di Taiping, Perak pada petang Jumaat.
Dengan hanya sekali lafaz, Syafiq atau nama lengkapnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, sah bergelar suami kepada Mimi Rozaiana Zainal Abidin.
Majlis ijab dan Kabul pasangan ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat tanpa sebarang pengetahuan media mahupun orang luar.
Berita gembira itu dikongsi Syafiq menerusi laman Instagram miliknya dengan penuh rasa syukur beserta beberapa keping foto momen istimewa itu.
"Alhamdulillah, berkahwin pada Jumaat yang berkat," ujarnya ringkas.
Pasangan sama cantik, sama padan itu tampil anggun mengenakan busana serba putih.
Teruja dengan penyatuan dua hati itu, peminat dan rakan-rakan pasangan ini mula membanjiri dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah serta menitipkan doa agar kebahagian berkekalan menjadi milik mereka berdua.
Kisah cinta Syafiq dan Mimi sering menjadi perhatian peminat yang disifatkan sebagai romantis dan penuh cabaran.
Terdahulu, pasangan ini pernah membatalkan majlis pernikahan mereka seminggu sebelum dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos 2023 tanpa memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu.
Bagaimanapun, hubungan kedua-duanya tetap baik dan boleh bekerjasama secara profesional dalam kerja. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments