PELAKON Taiwan, Barbie Hsu, meninggal dunia akibat pneumonia selepas dijangkiti influenza Ketika ketika meraikan Tahun Baru Cina di Jepun.
Barbie atau nama sebenarnya Barbara Hsu menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun.
Berita kematian itu disahkan oleh adiknya, pengacara, Dee Hsu yang menyifatkan pemergian kakaknya sebagai kehilangan besar buat keluarga mereka.
"Terima kasih atas keprihatinan semua. Ketika sambutan Tahun Baharu Cina, kami sekeluarga pergi ke Jepun untuk bercuti. Kakak saya, Barbie, telah meninggalkan kami akibat pneumonia disebabkan oleh influenza," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada TVBS News Taiwan pada Isnin.
Barbie memulakan kerjayanya dalam industri hiburan seawal usia 17 tahun sebagai pasangan duet pop bersama adiknya, Dee. Mereka kemudiannya menceburi idang pengacaraan dan cukup dikenali dengan gaya bertenaga dan lucu.
Namun mendiang mula meraih populariti menerusi watak Dong Shancai dalam drama berjudul Meteor Garden pada 2001. Bukan sahaja di negara kelahirannya, tetapi drama tersebut juga mendapat perhatian daripada peminat di negara serantau.
Drama lain yang turut dibintangi Barbie termasuk Mars, Summer's Desire dan Corner With Love.
Terdahulu Barbie pernah mengalami masalah kesihatan seperti epilepsi dan penyakit jantung, malah pernah dimasukkan ke hospital akibat sawan sebelum ini.
Mendiang Barbie meninggalkan suami, iaitu penyanyi Korea, DJ Koo Jun Yup dan seorang anak perempuan yang kini berusia 10 tahun dan anak lelaki, berusia 8 tahun hasil perkahwinan terdahulu bersama usahawan dari China, Wang Xiaofei. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments