Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bintang legenda Hollywood Gene Hackman, isteri ditemui mati di rumah


PELAKON legenda Hollywood, Gene Hackman dan isterinya iaitu Betsy Arakawa meninggal dunia di kediaman mereka di Santa Fe, New Mexico, Amerika Syarikat pada Rabu.

Menurut laporan media tempatan, pejabat Syerif Daerah Santa Fe mengesahkan pasangan itu ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa bersama anjing peliharaan mereka dan hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah yang berlaku.

Bagaimanapun, punca dan waktu sebenar kematian aktor berusia 95 tahun dan pasangannya itu tidak didedahkan, selain siasatan terperinci masih dijalankan.

Hackman memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 1956 dan dikenali menerusi watak Jimmy 'Popeye' Doyle dalam filem The French Connection.

Sepanjang kerjaya lakonannya yang menjangkau dua dekad, mendiang pernah memenangi dua trofi Academy Awards dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada 1972 menerusi filem The French Connection dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Unforgiven) pada 1992.

Mendiang juga pernah memenangi dua trofi Bafta Awards, empat Golden Globe Awards dan Screen Actrors Guils Award.

Sementara isterinya Arakawa, 63, pula merupakan seorang pemain piano klasikal. Difahamkan, kali terakhir pasangan ini muncul di khalayak ramai adalah pada Mac tahun lalu. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments