Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bergelar juara OIAM, Marygrace raih hadiah RM1 juta

Marygrace akhiri perjuangan di pentas OIAM dengan gelaran juara | FOTO: Instagram TV3

SELEPAS lapan minggu berjuang di pentas Calpis Soda One In A Million (OIAM), Marygrace muncul sebagai juara pada pentas akhir program yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam, pada malam Ahad.

Marygrace, 24, menewaskan tiga lagi peserta iaitu Kai Deva, Jimi dan Zazzleen apabila tampil dengan persembahan memukau menerusi lagu Persamaan, nyanyian asal kumpulan Freedom dan single baharunya berjudul Titik Mula yang merupakan hasil ciptaan Audi Mok dan Shazee Ishak.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan peserta kelahiran Keningau, Sabah itu membawa pulang membawa pulang wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.

Bukan itu sahaja, Marygrace juga bakal merakamkan single pertamanya yang digubah khas oleh komposer popular Indonesia iaitu Ade Govinda.

"Terima kasih juri kerana percayakan saya. Terima kasih semua yang bimbing saya di sini," katanya sebaik dinobatkan sebagai juara.

Sementara itu, Kai Deva mendapat tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM50,000, manakala Jimi serta Zazzleen pula berpuas hati di tempat ketiga dan keempat dengan masing-masing menerima hadiah RM30,000 dan RM20,000.

Kai Deva, Jimi dan Zazzleen | FOTO: Instagram TV3

Kesemua finalis diadili barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan selaku juri tetap, manakala Faizal Tahir dan pelakon terkenal Indonesia iaitu Nicholas Saputra selaku juri jemputan.

Markah keseluruhan peserta dinilai berdasarkan 60 peratus (%) daripada tiga juri tetap dan 40% daripada undian penonton.

Pentas akhir OIAM yang dihoskan oleh Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy itu turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ella. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments