Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[AlFatihah] Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia


PELAKON veteran, Roslan Saleh meninggal dunia dalam tidur  di kediamannya di Masjid Tanah, Melaka, sekitar jam 7 pagi Jumaat.

Roslan yang sebelum ini berdepan masalah kesihatan akibat komplikasi pelbagai jenis penyakit  menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 69. 

Berita duka itu dikongsikan anaknya, Farahanis Roslan menerusi satu hantaran di laman Facebook.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Roslan Saleh baru saja meninggal dunia sebentar tadi,” katanya.

Difahamkan jenazah akan dibawa ke Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Melaka, untuk diuruskan sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat.

Terdahulu media laporkan kesihatan Allahyarham yang mesra disapa sebagai Pak Lan terjejas akibat penyakit diabetes kronik, kira-kira tiga tahun lalu sehingga kelihatan penglihatan.

Ketika hayatnya, Roslan yang sudah lebih 30 tahun terbabit dalam bidang lakonan pernah membintangi filem seperti Sembilu 2, Gerak Khas The Movie 2, Munafik 2, Anak Perjanjian Syaitan dan Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda selain puluhan drama.

Allahyarham Roslan meninggalkan seorang isteri, Zainun Majid, tiga cahaya mata dan 10 cucu. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments