Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[AlFatihah] Anak bongsu Zaquan dan Ayu Raudhah meninggal dunia

| FOTO: BERNAMA

ANAK bongsu pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Zaquan Adha Abdul Radzak meninggal dunia di kediaman mereka di Seremban, Negeri Sembilan pada petang Selasa.

Muhammad Aisy Al Rees yang lahir pada 2 Ogos tahun lalu menghembuskan nafas terakhir pada usia enam bulan ketika tidur.

Berita sedih itu dikongsikan Zaquan, 38, menerusi satu hantaran di Insta Story miliknya.

“Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada pencipta-Nya sebentar tadi.

“Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” ujarnya.

Bagaimanapun bekas pemain bola sepak itu tidak berkongsi punca dan maklumar lanjut mengenai  kematian anaknya itu.


Zaquan mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan tujuh anak. Selain Muhammad Aisy Al Rees, enama lagi cahaya mata pasangan itu ialah Muhammad Aisy Qaiser, 12; Muhammad Aisy Aryann, 11; Laura Zuleykha, 8; Muhammad Aisy Khaliq, 6; Muhammad Aisy Al Jibreel, 3; dan anak keenam yang berusia dua tahun. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments