Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Aktres Korea, Kim Sae Ron ditemui mati


Oleh: AILEEN ADAM

PELAKON Kim Sae Ron ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seongsu-dong, Seoul, Korea Selatan pada Ahad.

Punca kematian bintang berusia 25 tahun itu mengundang spekulasi apabila polis tidak menjumpai sebarang unsur jenayah ketika mayat ditemui kira-kira jam 4.55 petang.

Menurut laporan media tempatan, mayat Kim Sae Ron ditemui rakannya yang datang untuk bertemu pelakon terbabit. Individu terbabit sebelum itu telah menelefon polis selepas gagal menghubungi mendiang.

Pihak polis dalam satu kenyataan mengesahkan mereka tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian. Bagaimanapun punca kematian artis terbabit masih dalam siasatan lanjut, selain pasukan perubatan juga belum mengeluarkan laporan terperici mengenainya.

Terdahulu media melaporkan mendiang pernah mengalami kemurungan setelah berdepan kontroversi pernah ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kerosakan harta benda awam di Gangnam, Seoul pada 2022.

Susulan kesalahan itu Kim Sae Ron kemudiannya didenda sebanyak 20 juta won (RM61,500) pada April 2023.

Pada April lalu, mendiang dikatakan mahu kembali aktif dalam kerjaya lakonan dengan menyertai sebuah pemnetasan, tetapi akhirnya menarik diri apabila kecaman berkait kontroversi terbabit masih diterima sehingga memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya.

Aktres terbabit menceburi bidang lakonan menerusi filem A Brand New Life pada tahun 2009 ketika berusia sembilan tahun dan kemudiannya mencipta populariti menerusi naskhah The Man From Nowhere dan diikuti The Neighbor.

Drama bersiri Bloodhounds yang disiarkan di saluran Netflix pada 2023 pula menjadi naskhah terakhir lakonannya sebelum berehat panjang. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments