| FOTO: RTM |
STESEN Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus konsisten memberi mesej positif dalam penerbitan program di tengah-tengah trend arus kemodenan.
Penerbitan sitkom Apartmen Putra musim baharu membolehkan Unit Drama TV mendukung misi RTM bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat, selain mampu menerapkan nilai-nilai murni melalui medium hiburan yang lebih santai.
Naskhah sitkom musim keenam dan ketujuh adalah hasil daripada penulis skrip, Ares Bahar yang mempunyai pencapaian signifikan dalam industri penyiaran tempatan.
Apartment Putra mendapat sentuhan dua pengarah baharu iaitu Rohayu Abdul Wahab dan Mohd Zairool Fahmee Khairudin serta turut disokong oleh penerbitan dalaman yang menampilkan RTM sebagai sebuah stesen penyiaran yang mempunyai kredibiliti dan daya hasil sendiri.
Ia membawa pelbagai kisah masyarakat kelas pertengahan dengan berlatarkan lokasi di sebuah apartmen di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Setiap episod akan membawa topik yang berbeza berdasarkan isu semasa yang berkait rapat dengan masyarakat awam dan menginspirasikan elemen-elemen pemerkasaan wanita, ekonomi digital, TVET, perpaduan kaum dan peralihan tenaga.
Setiap episod akan menampilkan artis jemputan dan selebriti media sosial yang berbeza-beza berdasarkan kesesuaian watak.
Musim baharu ini turut membawakan elemen kedai kopi moden yang dinamakan NESQ CAFE, di mana buat julung kalinya sitkom 26 episod itu melakukan kolaborasi dengan beberapa jenama tempatan, sekali gus menjadikan set Apartmen Putra lebih bersifat komersial.
Ini merupakan salah satu kaedah kerjasama strategik yang dilaksanakan oleh RTM dalam membantu industri tempatan di samping untuk mengukuh dan memperkasakan kandungan kreatif ke peringkat yang global.
Sitkom ini juga dijangka mampu memvariasikan program penerbitan Unit Drama TV agar lebih versatil dan kekal relevan mengikut trend semasa bersandarkan kepada tahap kualiti yang telah ditetapkan pihak RTM.
Apartment Putra musim baharu akan mula bersiaran pada 8 Januari, setiap Rabu, jam 9 malam di TV2 dan RTMKlik. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments