Oleh: AILEEN ADAM
PELAKON veteran Korea Selatan, Lee Yoon-hee yang juga bintang filem Miracle In Cell No. 7 dilaporkan meninggal dunia pada pagi Sabtu.
Permergian mendiang yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 64 rahun itu disifatkan sebagai mengejut kerana Yoon-hee dikatakan tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit.
Difahamkan siasatan sedang dilakukan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.
Difahamkan siasatan sedang dilakukan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.
Terdahulu aktor yang memulakan karier lakonan sejak 1985 itu baharu sahaja menandatangani kontrak eksklusif dengan syarikat pengurusan artis, Beom Entertainment.
Yoon Hee memulakan kerjanya lakonannya di pentas teater sebelum beralih ke filem menerusi Secret Sunshine pada 2007.
Sepanjang kerjaya lakonannya, mendiang telah membintangi sederetan filem dan drama dengan pelbagai watak dan karakter dengan cukup versatil.
Pengebumian Yoon-hee dijangkan akan dijalankan pada 13 Januari ini. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments