Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Nespresso raikan Tahun Baru Cina dengan kempen 'Unforgettable Taste For New Beginnings'


NESPRESSO mengalu-alukan ketibaan Tahun Baru Cina dengan kempen Unforgettable Taste for New Beginnings, yang diinspirasikan oleh seni simpulan bertuah tradisional dan simbolisme Tahun Ular.

Simpulan bertuah yang diketengahkan dalam imej dan reka bentuk koleksi kempen ini melambangkan kebijaksanaan, jalinan hubungan, dan pembaharuan.

Daripada visual motif seni anyaman yang halus hinggalah kepada resipi kopi istimewa dan aksesori direka khas, koleksi ini mempamerkan semangat kemakmuran dan permulaan baharu musim perayaan dengan sofistikasi signature Nespresso.

Koleksi ini memperkenalkan Vertuo Ginseng Delight edisi terhad baharu, kopi halus lagi menyegarkan yang dicipta untuk membangkitkan deria dan merangsang tenaga.

Adunan espresso berganda ini diperkaya dengan kemanisan karamel yang lembut dan kehalusan ekstrak ginseng yang kompleks, memberikan rasa menyegarkan dan versatil.

Sesuai dinikmati untuk detik yang penuh ketenangan atau kegembiraan ketika berkumpul dengan sanak saudara, kopi istimewa itu mencerminkan semangat Tahun Baru Cina dengan rasa dan simbolismenya yang seimbang.

Nikmati Ginseng Delight dalam Vertuo Discovery Assortment, pilihan 6-sleeve yang menampilkan kopi Altissio, Colombia, Melozio, Peanut & Roasted Sesame Flavour dan Almond Croissant Flavour menawarkan pelbagai perisa bagi memenuhi setiap cita rasa.

Untuk mereka yang menggunakan mesin Original, mereka boleh mendapatkan Original Discovery Assortment, 8-sleeve yang menampilkan kopi Arpeggio, Napoli, Volluto, Shanghai Lungo, Istanbul Espresso, Venezia, dan adunan musim perayaan seperti Peanut & Roasted Sesame Flavour dan Almond Croissant Flavour.

Pek yang dicipta khusus itu menjanjikan pengalaman kopi yang pelbagai dan penuh nikmat, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan dijadikan sebagai hadiah Tahun Baru Cina.

Koleksi Tahun Baru Cina ini turut menampilkan pilihan aksesori dan hadiah yang mempamerkan keindahan seni budaya dan reka bentuk menawan.

Angpau merah Tahun Baru Cina yang dihiasi dengan motif simpulan bertuah ular Nespresso, Bersama Lume Gran Lungo Mug edisi terhad Tahun Baru Cina dan Foldable Tote Bag Tahun Baru Cina (boleh didapati sebagai hadiah dengan pembelian), memberikan sentuhan keanggunan dan kepraktisan di musim perayaan ini.

Untuk ritual kopi yang benar-benar memberangsangkan, Nespresso menawarkan dua hamper eksklusif. Hamper Tahun Baru Cina Original merangkumi set mug edisi terhad, Kit Cappuccino termasuk set penggoncang koko dan stensil, angpau, dan dua adunan kegemaran ramai: Shanghai Lungo dan Napoli.

Untuk penggemar kopi yang menggunakan mesin Vertuo, Hamper Tahun Baru Cina Vertuo menampilkan set mug edisi terhad, Kit Cappuccino dengan set penggoncang koko dan stensil, angpau, kopi Ginseng Delight, dan Melozio.



Set yang disediakan khusus itu menggabungkan tradisi, gaya dan cita rasa luar biasa dengan begitu indah sekali, menjadikannya ideal sebagai hadiah atau memeriahkan lagi sambutan perayaan.

Sempurnakan pengalaman kopi anda di musim perayaan ini dengan tawaran mesin eksklusif. Pakej Essenza Mini & Aeroccino 3 Milk Frother yang bergaya dan mesin Vertuo Pop Spicy Red yang anggun menawan menggabungkan reka bentuk dan fungsi untuk penyediaan kopi berkualiti di rumah.

Dengan potongan harga 28%, tawaran ini, bersama pelbagai promosi menarik yang lain, tersedia untuk tempoh terhad. Inilah masa terbaik untuk memulakan ritual kopi baharu dan meraikan kekayaan Tahun Baru Cina bersama Nespresso.

Raikan Tahun Baru Cina dengan resipi menawan

Kempen Unforgettable Taste for New Beginnings membawakan adunan kopi dicipta khusus dengan resipi eksklusif yang menggabungkan cita rasa moden dan simbolisme tradisional.

Spring Garden, dengan asas macchiato karamelnya, menampilkan keanggunan aroma dan rasa Ginseng Delight. Digabungkan dengan susu, kelopak ros, dan kranberi kering, resipi ini mencerminkan tema pembaharuan dan kemakmuran yang menjadi teras kepada perayaan Tahun Baru Cina.

Double Vigour menggabungkan aroma sitrus oren dan epal dengan sifat Stormio Go Vertuo yang halus lagi menyenangkan. Diperkaya dengan kemanisan madu longan, resipi bertenaga ini melambangkan ketenangan, kejayaan, dan kemanisan tahun-tahun mendatang.

Dalam bahasa Mandarin, perkataan epal, 'ping guo' adalah homofon untuk 'ping' yang bermaksud aman dan selamat, manakala 'chéng', perkataan oren, mirip dengan 'chéng', melambangkan kejayaan.

Setiap resipi boleh disediakan dengan mudah di rumah dan boleh didapati di nespresso.com/lunar-new-year

Koleksi Unforgettable Taste for New Beginnings Nespresso dilancarkan di dalam talian dan di butik Nespresso bermula dari 8 Jan lalu dan boleh didapati untuk tempoh terhad. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments