Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jennie beri kejutan demi kejutan, klip video ZEN buat peminat tak senang duduk


Oleh: AILEEN ADAM

MENJELANG perilisan debut album solo penuh berjudul Ruby yang bakal dilancarkan pada 7 Mac depan, bintang K-Pop sensasi Jennie membangkitkan keterujaan penonton dengan pelbagai teaser menarik sebagai promosi awal.

Hanya beberapa hari selepas mengumumkan judul dan tarikh perilisan album perdananya itu, Jennie sekali lagi membuat peminat tidak senang duduk dengan pelancaran klip video, ZEN, salah sebuah lagu yang dimuatkan dalam album tersebut menerusi saluran YouTube miliknya pada Jumaat.

Sebaik sahaja dimuat naik, video hasil arahan Cho Gi-Seo yang menampilkan visual hebat dengan konsep menarik itu pantas menuai perhatian ramai dan menjadi bualan hangat sehingga 'trending' di media sosial.

Umpama menonton sebuah filem sci-fi, pemilik nama penuh Jennie Kim itu menampilkan kreativiti luar biasa dalam menterjemahkan penceritaan dalam lagu tersebut, sekali gus memberi gambaran awal atau seperti apa karya-karya yang kan dimuatkan dalam album solonya itu.

Tidak hairanlah kenapa Jennie yang juga pemilik agensi Odd Atelier itu mengambil masa lebih setahun untuk menyempurnakan album tersebut.



Tampil dengan konsep artistik yang menarik menerusi gabungan elemen api, air, Udara dan tanah, babak-babak dalam video tersebut begitu melengkapi mesej yang terkandung dalam bait lirik lagu tersebut. Penampilan visual yang kuat dan penuh makna.

ZEN memberi vibe yang agak misteri, gelap dan intens. Daripada muzik hingga ke visual, lagu tersebut benar-benar berjaya membuat pendengar merinding. Apatah lagi dengan vokal dan energi yang ditunjukkan Jennie menerusi pelbagai karakter yang ditampilkan itu.

Kagum dengan elemen seni unik dan ketelitian yang ditampilkan bintang jelita itu, peminat menyifatkan video lagu tersebut sebagai sebuah karya genius dan masterpiece Jennie.

Video ZEN meraih jumlah tontonan lebih satu juta dalam tempoh hanya satu jam dan terus melaju sehingga trending video nombor satu paling banyak ditonton di saluran YouTube seluruh dunia tidak sampai 24 jam.


Tidak hanya peluncuran klip video tanpa sebarang isyarat, pelantun lagu Solo, You & Me dan Mantra itu turut mengumumkan bakal mengadakan acara dan persembahan istimewa yang dinamakan 'The Ruby Experience'.

Acara tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena pelancaran album Ruby melibatkan peminat-peminat di Los Angeles dan New York, Amerika Syarikat pada 6 dan 10 Mac, serta Seoul, Korea Selatan pada 15 Mac depan.

Menghangatkan lagi keterujaan peminat, Jennie yang juga anggora Blackpink menampilkan teaser untuk single kedua daripada album tersebut berjudul Love Hangover yang menyaksikan kolaborasinya dengan Dominic Fike.

Difahamkan single bakal akan rilis pada 31 Januari (Jumaat) itu akan menampilkan muzik video menarik yang menjalani penggambaran di Mexico.


Terdahulu pada awal minggu, bintang yang baru sahaja menyambuat ulang tahun kelahirannya yang ke-29 pada 16 Januari lalu mengumumkan album Ruby yang memuatkan 15 buah lagu itu bakal menampilkan kolaborasi dengan barisan artis hebat seperti Dua Lipa, Childish Gambino, Doechii, Dominic Fike, FKJ dan Kali Uchis.

Ruby merupakan debut album solo Jennie terbitan Odd Atelier dengan kerjasama global menerusi label Columbia Records.   - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:


Post a Comment

0 Comments