Jamal bersyukur rezeki timang anak ketujuh | FOTO: Datuk Jamal Abdillah |
PENYANYI legenda, Datuk Jamal Abdillah selamat menimang cahaya mata ketujuh, apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 29, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 9.38 pagi Selasa.
Bayi comel yang dilahirkan dengan berata 2.94 kilogram (kg) itu diberi nama Magdalena Yamani.
Jamal, 66, yang teruja menyambut kelahiran ahli baharu dalam keluarganya itu memanjat rasa syukur atas rezeki yang diterimanya.
"Saya sangat bersyukur Allah memberi kami rezeki ini. Terima kasih kerana ucapan tahniah dan mendoakan," ujarnya yang turut berkongsi foto bersama cahaya mata ketujuhnya itu.
Jamal (tengah) bergambar bersama petugas di sebuah pusat perubatan meraikan kelahiran bayi perempuannya| FOTO: Jamal Abdillah |
Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 dan dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 6; El Isaac Yamani, 5; Iskandar Rayyan Yamani, 3; dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 2.
Raja Pop itu juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments