SETELAH dua kali terselamat daripada penyingkiran, Fairuz Selamat akhirnya diumumkan sebagai peserta tersingkir pada konsert suku akhir program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.
Persembahan yang ditampilkan Fairuz menerusi lagu Yang Penting Hepi dan Hang Pi Mana itu gagal mencuri perhatian juri sekali gus menyaksikan dia berada di tangga terbawah berbanding tujuh peserta lain dengan markah 64.40 peratus (%).
Bekas vokalis Q-Face itu bagaimanapun sudah memberikan yang terbaik sepanjang berada dalam program berkenaan dan akur dengan penyingkiran itu.
“Saya selalu fikir ini semua kuasa Allah. Kalau saya berjaya itu adalah kerana Allah izinkan, kalau tidak berjaya itu kehendak-Nya," ujarnya.
Dalam pada itu, penyanyi Zehra Zambri mencipta kejutan apabila tampil dengan persembahan memukau pada minggu yang mengangkat tema RockDut (Rock & Dangdut) apabila berada di kedudukan pertama dengan markah 80%.
Zehra mendapat pujian juri yang berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan menerusi lagu Selamat Jalan Romeo dan Peronda Jaket Biru.
Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap.
GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry AlHadad disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam. - 7KLIK
Kedudukan dan markah peserta pada minggu Suku Akhir
1. Zehra Zambri - Selamat Jalan Romeo & Peronda Jaket Biru (80.%)
2. Liza Aziz - Ikan Dalam Kolam & Usang (75.50%)
3. The Lima - Naluri Lelaki & Seperti Mati Lampu (68.30%)
4. Ning Baizura - Senggol Senggolan Cubit Cubitan & Tiada Lagi (67.60%)
5. Dadali Dyrga - Gali Lobang Tutup Lobang & Rela ku pujuk (67%)
6. Ronnie Hussein - Wulan & Cinta Dewa Dewi (65.70%)
7. Sheila Abdull - Ah! Rindu Lagi & Babak Pertama (65.60%)
8. Fairuz Selamat - Yang Penting Hepi & Hang Pi Mana (64.40%) - TERSINGKIR
ARTIKEL LAIN:
0 Comments