Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Empat vokalis unggul bakal gegarkan Konsert Hitster Vol. 1

Nash, Zamani, Jatt dan Ameng mahu satukan peminat daripada semua generasi | FOTO: MUSE+


SENTIASA menghormati dan menghargai bakat emas yang dimiliki barisan bintang legenda, MUSE+ buat pertama kalinya membawakan sebuah konsert dengan konsep unik membabitkan para otai yang disifatkan ‘sangat menyengat’.

Dinamakan Konsert Hitster Vol 1 - Otai Sangat Menyengat, persembahan istimewa itu bakal menyaksikan empat nama besar yang menggabungkan tiga vokalis terunggul dari Malaysia bersama vokalis evergreen Singapura.

Mereka terdiri daripada Datuk Nash, Zamani, Ameng Spring dan Jatt Ali yang buat pertama kali akan bergabung pada satu panggung di The Star Theatre, Singapura bermula 8 malam, pada 1 Februari depan.

Barisan bintang ini pada suatu ketika dan sehingga kini telah menyemarakkan industri muzik apabila menjadi 'frontman' kumpulan popular seperti Lefthanded (Nash), Black Dog Bone (Jatt Ali), Spring (Ameng) dan Slam (Zamani).

Penyanyi Zamani menyifatkan pembabitannya dalam Konsert Hitster Vol 1 - Otai Sangat Menyengat sebagai sebuah penghormatan buat dirinya.

“Syabas buat penganjur kerana membawa sebuah konsep konsert yang cukup unik apabila menggabungkan empat vokalis dengan ciri khas masing-masing pada satu pentas.

“Saya sendiri teruja kerana menjadi salah seorang vokalis yang membuka edisi pertama konsert ini. Nantikan persembahan istimewa saya, Nash, Ameng dan Jatt Ali pada 1 Februari 2025,” ujarnya.

Pengalaman istimewa

Sementara itu, Pengarah Urusan MUSE+, Atrez, berkata, pihaknya teruja dan bangga membuka tahun 2025 menerusi konsert terbabit yang julung kali diadakan untuk memberi pengalaman istimewa kepada penonton dengan membangkitkan nostalgia serta menyatukan hati dan jiwa semua generasi menerusi muzik.

“Signifikan dengan konsep yang dibawakan iaitu Hitster dan Otai Sangat Menyengat, maka Datuk Nash, Zamani, Ameng Spring dan Jatt Ali adalah vokalis paling layak mengisi konsert edisi perdana ini.

“Pemilihan mereka adalah berdasarkan jenama dan karya-karya hit yang telah dinyanyikan lalu menjadi pujaan peminat meski zaman berubah.

“Tanyalah siapa yang tidak pernah mendengar lagu Pada Syurga Di Wajahmu nyanyian Nash, Tak Mungkin Berpaling (Zamani), Sampai Hati (Ameng Spring) atau Khayalan (Jatt Ali Black Dog Bone). Kami percaya peminat muzik pasti pernah mendengar atau mungkin sangat meminati lagu-lagu ini.

“Atas faktor itu kami realisasikan projek yang sudah lama dirancang, cuma baru sekarang boleh dilaksanakan ini,” ujarnya.


FOTO: MUSE+

Jelas Atrez lagi, konsert tersebut juga akan menjadi pembuka tirai kepada siri-siri konsert dengan konsep seumpamanya pada masa hadapan.

“Mungkin selepas mengetengahkan empat vokalis lelaki, MUSE+ akan membawa barisan penyanyi legenda wanita.

“Apa yang penting walaupun agak sukar ‘mencuri masa’ para otai kita kerana mereka cukup sibuk, tetapi penantian dan usaha menjayakan Konsert Hitster Vol 1 - Otai Sangat Menyengat ini sangat berbaloi,” tegasnya.

Bagi peminat yang tidak sabar menikmati persembahan Nash, Zamani, Jatt Ali dan Ameng Spring, boleh dapatkan tiket dengan harga $98, $128, $148, $248 (VIP/Meet & Greet) menerusi pembelian di www.startix.sg- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments