Farhatul Fairuzah kini bergelar isteri kepada Ilham Amri | FOTO: Instagram Farhatul Fairuzah - Budak Tadika |
PERSONALITI TV dan johan Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019, Farhatul Fairuzah, selamat disatukan dengan jejaka pilihan hatinya, Mohamad Ilham Amri pada pagi Sabtu.
Hanya dengan sekali lafaz, pemilik nama penuh Nor Farhatul Fairuzah Panut, 24, kini bergelar isteri kepada Ilham yang juga seorang ustaz dan Mutawif sebuah syarikat pelancongan dan umrah terkenal.
Pasangan sama cantik sama padan itu yang anggun dalam persalinan sedondon serba putih itu dinikahkan oleh abang pengantin perempuan.
Pada majlis ijab dan qabul yang berlangsung di sebuah ruang acara di ibu kota itu, menyaksikan Farha menerima mas kahwin sebanyak 1 Dinar emas.
Farhatul berkongsi momen ketika majlis ijab dan kabul | FOTO: Instagram Farhatul Fairuzah - Budak Tadika |
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya, Nor Farhatul atau lebih mesra disapa sebagai Farha berkongsi momen-momen istimewa saat diijabkabulkan bersama pasangannya, selain memohon orang ramai mendoakan kebahagian dalam perkahwinannya.
Doakan kami Farhatul Fairuzah dan Ilham Amri, semoga hubungan dan perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga.
"Alhamdulillah. Terima kasih buat semua yang menjayakan majlis ini dan menjadi lebih bermakna," katanya," ujarnya.
Berita gembira itu turut diraikan rakan-rakan selebriti dan para pengikut di laman Instagramnya yang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah serta menitipkan doa buat pasangan ini.
ARTIKEL LAIN:
- pevita-pearce-kahwin-anak-jutawan
- dua-tahun-bercinta-charlie-puth-kini
- kembali-bergelar-isteri-jeslina-hashim
0 Comments