Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Nikmati kelazatan permium dengan Roti Berkrim Signature Hokkaido Milk


SUNSHINE Bakeries mengumumkan pelancaran siri baharu Roti Berkrim Signature Hokkaido Milk, yang membawa lebih banyak kenikmatan untuk para penggemar roti.

Susulan kejayaan Hokkaido Milk Cream Cheese yang digemari ramai, siri tersebut kini menawarkan lima perisa hebat yang menjanjikan kemewahan aroma susu dan rasa berkrim yang pasti memikat selera.

Roti Berkrim Signature Hokkaido Milk dikenali kerana teksturnya yang lembut dan kelazatan krimnya yang diadun sempurna, ia berjaya menawan hati semua penggemar roti.

Didorong oleh permintaan yang semakin meningkat terhadap citarasa autentik dari Jepun itu, Sunshine Bakeries terus memenuhi selera pengguna dengan menggunakan ramuan susu diperolehi daripada lembu yang dipelihara dalam persekitaran bersih di Hokkaido, Jepun.

Terkenal dengan kualitinya unggul, roti premium itu pasti memberikan pengalaman serba mewah setiap kali anda menikmatinya. 

Bahan berkualiti

Roti Berkrim Signature Hokkaido Milk menampilkan inti krim yang diperbuat daripada susu Hokkaido terbaik dan memberikan kenikmatan yang tiada tandingannya.

Siri Roti Berkrim Signature Hokkaido Milk yang telah diperluaskan kini menampilkan lima perisa enak, di mana setiap satu dihasilkan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan diperkaya dengan kemewahan susu Hokkaido.

● Cream Cheese
Perisa asli yang menjadi pilihan para penggemarnya, menggabungkan susu Hokkaido yang berkrim dengan inti keju yang mewah.

● Shiro Chocolate
Coklat putih digabungkan dengan Susu Hokkaido yang berkrim, untuk rasa coklat sempurna, premium lagi berkrim.

● Caramel
Gabungan Susu Hokkaido yang berkrim dan Caramel (Dulce de Leche) bagi sajian manis dan lazat yang sukar ditolak.

● Butter Sugar
Inti mentega yang disukai ramai dipertingkatkan dengan rasa berkrim Susu Hokkaido, ditambah pula dengan kerangupan kristal gula.

● Chocolate Hazelnut
Gabungan mewah coklat dan kacang hazel panggang, diperkaya dengan Susu Hokkaido untuk rasa berkrim dan kacang yang seimbang.


Tidak kira sama ada anda mengidamkan sesuatu yang manis, berkrim, atau sedikit rasa kacang, siri Roti Berkrim Signature Hokkaido Milk pasti dapat memenuhi selera semua orang, membolehkan anda menikmati citarasa premium dengan mudah dan menyelerakan.

Rangkaian Roti Berkrim Signature Hokkaido Milk Sunshine Bakeries yang telah diperluaskan ini ideal untuk golongan profesional yang sentiasa sibuk, pelajar, keluarga, dan juga kanak-kanak yang mahukan snek premium untuk mengalas perut.

Diperakui Halal dan mengandungi 0% lemak trans, roti ini memberikan nikmat yang lebih sihat tanpa menjejaskan rasa.

Kini, para pengguna boleh menikmati citarasa dari Hokkaido, tidak kira di mana mereka berada, dengan Roti Berkrim Signature Hokkaido Milk Sunshine Bakeries.

Roti ini boleh didapati di semua pasar raya dan kedai serbaneka utama di Lembah Klang dan Negeri Sembilan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments