Fokus pada kerjaya, Syazani belum terbuka hati untuk berumah tangga | FOTO: Syazani Zikry |
Oleh: ZULQARNAIN ABU HASSAN
PELAKON pelakon sedang meningkat naik, Syazani Zikry, teruja apabila kerjaya lakonannya kini semakin berkembang dan mencuri perhatian ramai.
Bintang berusia 26 tahun itu mengakui buat masa ini, dirinya memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya lakonan dan mengetepikan seketika soal lain, termasuk cinta.
“Buat masa sekarang, tiada yang istimewa sebab saya nak fokus kepada kerjaya.
“Jika tiba masa bertemu seseorang, saya akan cakap terus kalau suka. Namun jika sebaliknya, saya tidak mahu dia terlalu berharap sehingga menyebabkan jadi kurang selesa,” ujarnya.
Bagaimanapun, Syazani mengakui belum mempunyai sasaran untuk berumah tangga kerana masih mahu mengejar impian dalam kerjaya.
Buat masa ini, saya mahu mencari lebih banyak ruang dan peluang untuk mengembangkan bakat dalam lakonan.
"Jadi soal jodoh dan pasangan hidup, bila tiba masa yang sesuai, barulah fikir,” tegasnya.
Membuktikan kata-katanya, Syazani kini mengikuti menghadiri kelas lakonan bersama pelakon hebat Fauziah Nawi, selain menjalankan bengkel lakonan, pengarahan, serta penulisan skrip secara sendiri.
Syazani menghadiri kelas lakonan bersama Fauziah Nawi | FOTO: Syazani Zikry |
Rebut peluang
Berkongsi perkembangan terkini kerjaya seninya, Syazani kini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Jambatan Kegembiraan yang akan dijadualkan bersiaran pada tahun 2025 di TV Sarawak.
Menerusi siri 13 episod tersebut, anak jati Selangor itu memegang watak komedi bernama Coco.
“Ini kali pertama saya mencuba genre komedi. Wataknya ringan dan kelakar tetapi tetap mempunyai cabarannya yang tersendiri.
"Saya terbuka menerima apa sahaja watak dan teruja untuk mencabar diri dan melihat sejauh mana kemampuan saya,” katanya.
Terdahulu Syazani melakar nama di layar perak menerusi filem Tafakur menerusi atak Kiyah yang ditayangkan pada pertengahan September lalu.
“Watak dan penampilan saya dalam filem tersebut menerima reaksi yang pelbagai daripada penonton.
"Ada reaksi terkejut daripada penonton yang tidak menyangka Kiyah itu dilakonkan oleh saya. Separuh orang boleh terima dan sebahagiannya tidak.
"Namun saya bersikap terbuka dengan segala kritikan kerana saya hanya ingin menonjolkan kepelbagaian bakat dalam diri,” katanya.
Syazani ketika menyertai program pengarahan, penulisan skrip dan persembahan lakonan yang dianjurkan Finas | FOTO: Syazani Zikry |
Dalam perkembangan lain, filem terbaharu lakonannya, Angkat, terpilih untuk tayangan perdana dunia di Festival Filem Blue Chair di Laos pada 7 Disember ini.
Selain itu, filem pendek lakonannya, Tali Kasut, berjaya tercalon dalam Top 5 Filem Pendek Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33.
Dengan pelbagai projek menarik yang sedang berjalan, Syazani semakin teruja untuk meneroka peluang baharu, sekali gus mencari kedudukan yang lebih baik dalam industri seni tanah air. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments