LAZADA Malaysia menghidupkan kembali permainan nostalgia '1-2-Jus' dengan kelainan unik pada Disember ini bersempena Jualan 12.12 Tergempak, yang berlangsung pada 11 Disember, jam 8 malam hingga 14 Disember 2024.
Bermula 4 Disember, jam 8 malam hingga 9 Disember, jam 8 malam, rakyat Malaysia di seluruh negara boleh menyertai 12.12 1-2-Jus Showdown yang dianjurkan oleh Lazada.
Orang ramai boleh bersaing menerusi permainan '1-2-Jus' dalam cabaran negeri lawan negeri menentang Ratu permainan, sambil mengumpul mata untuk negeri masing-masing bagi memenangi sebahagian daripada baucar Lazada berjumlah RM120,000.
Untuk menyertai 1-2-Jus Showdown, pembeli hanya perlu membuat carian 'Lazada 1212 Showdown' di Google untuk mendapatkan butiran laman web Lazada yang tersembunyi.
Setelah selesainya proses pendaftaran untuk menyertai cabaran, peserta kemudian boleh memilih antara batu, kertas atau gunting untuk mencabar Ratu permainan.
Setiap penyertaan akan menyumbangkan 10 mata dan jika peserta berjaya menewaskan Ratu, mereka juga akan memperoleh 20 mata tambahan untuk negeri mereka.
Selain itu, peserta juga boleh menerima baucar Lazada untuk digunakan semasa Jualan 12.12 Tergempak, sementara stok masih ada.
Pergerakan Ratu akan diumumkan setiap hari pada pukul 8 malam di laman sosial Instagram Lazada, skrin paparan digital paparan luaran (DOOH) di bandar-bandar terpilih serta di laman permainan sepanjang tempoh pertandingan. Para peserta juga boleh mengikuti perkembangan terkini melalui tanda pagar #Lazada1212Showdown.
Untuk mengekalkan semangat persaingan, laman permainan turut menampilkan papan pendahulu secara langsung yang memaparkan kedudukan negeri masing-masing.
Negeri yang menang akan diumumkan pada 10 Disember, dan semua peserta dari negeri tersebut akan berkongsi ganjaran bernilai RM120,000 dalam bentuk baucar Lazada.
Keterujaan 12.12
Lazada menawarkan lebih daripada sekadar diskaun pada 12.12 tahun ini. Selain pelbagai promosi menarik, pembeli juga berpeluang menikmati tawaran RM12 All Out Deals yang kembali atas permintaan ramai.
Bermula 11 Disember, pada jam 9, 10 dan 11 malam, serta setiap hari dari 12 hingga 14 Disember, (10 pagi, 4 petang dan 10 malam) lebih RM80,000 produk boleh direbut pada harga RM12 sahaja.
Barisan produk yang tersedia termasuk kerusi urut mewah, pembersih vakum canggih, telefon pintar terkini, dan aksesori fesyen yang bergaya.
Pembeli boleh mendapat tawaran terhebat daripada jenama seperti Airbot, AKEMI, ECOVACS, Getha, Gintell, HONOR, Jean Perry, NeckPro, OGAWA, Songmont, Tineco dan Ulike. Dengan stok terhad setiap hari, hanya pembeli yang terpantas berpeluang merebut tawaran ini.
Keterujaan untuk Jualan 12.12 Tergempak Lazada bermula lebih awal tahun ini dengan pelbagai diskaun dan tawaran sehingga 11 Disember, jam 8 malam. Berikut adalah beberapa tawaran menarik untuk dinantikan:
● Mulai 1 Disember, pembeli sudah boleh mula menikmati diskaun hingga 50% untuk produk daripada jenama terkenal seperti Bobbi Brown, Clinique, Estée Lauder, LEGO, dan Ogawa.
● Bermula daripada 11 sehingga 14 Disember, dapatkan diskaun sehingga RM1,212 dengan baucar Lazada setiap hari bermula dari jam pukul 7 petang hingga 12 tengah malam.
● Jimat lebih lagi dengan tawaran menarik pada harga rendah RM0.12, RM1.20 dan RM120, meliputi pelbagai produk seperti alat permainan, hiasan rumah, makanan dan minuman, penjagaan diri, kosmetik, penjagaan kulit, peralatan dapur, pakaian, dan keperluan asas.
● Tawaran LazFlash masa terhad dan Crazy Brand Mega Offers dengan diskaun hingga 90%.
● Dari 8 hingga 14 Disember, pembeli juga boleh menonton penstriman langsung Lazada untuk mendapatkan lebih banyak diskaun tambahan, termasuk diskaun 40% untuk produk penjagaan kulit Kiehl melalui SASA, diskaun 30% untuk alatan kecantikan daripada Amiro dan Ulike, serta patung koleksi PopMart dan 52 Toys termasuk Labubu, CryBaby dan LuLu The Piggy.
Gunakan AI Lazzie
Pembantu maya Lazada yang dikuasakan AI, AI Lazzie, turut menjadi tarikan utama Jualan 12.12 Tergempak Lazada dengan aktiviti interaktif yang menawarkan ganjaran dan menarik minat pembeli.
Antaranya adalah Secret Code Challenge di mana pembeli berpeluang memenangi RM1,212 dalam bentuk LazCash setiap hari dengan memasukkan kod eksklusif ke dalam Message+ pada aplikasi Lazada.
Kod ini boleh didapati di media sosial Lazada sepanjang kempen atau dalam pasport khas Lazada Malaysia yang dikeluarkan khas untuk 12.12.
Pembeli yang kerap menggunakan AI Lazzie untuk menghantar mesej, menyemak produk, atau membuat pesanan juga berpeluang memenangi hadiah harian.
Dengan permainan nostalgia, teknologi AI yang inovatif, dan ganjaran hebat, Jualan 12.12 Tergempak Lazada bakal memenuhi permintaan pengguna dan menyediakan pengalaman membeli-belah akhir tahun yang tiada tandingan.
Tandakan kalendar anda dan bersedia untuk membeli-belah, bermain, dan menang dari 11 Disember, jam 8 malam hingga 14 Disember 2024. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments