Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Himpunan fesyen 'istimewa' Aina Abdul sepanjang 2024

Oleh: SORAYA AFNAN
NAMA penyanyi Aina Abdul sememangnya begitu sinonim keberaniannya menggayakan fesyen unik dan pelik setiap kali tampil karpet merah, mahupun beraksi di pentas untuk acara-acara besar dalam industri hiburan tanah air.

Penampilan yang sentiasa kreatif dan berbeza menjadikan kemunculannya sentiasa dinantikan ramai, malah menjadi buruan lensa kamera di setiap penjuru.

Meski pada awalnya, fesyen luar kotak yang ditampilkan Aina sering menjadi kecaman ramai dan bahan parodi, penyanyi lagu Semalam itu terus berani melangkah dengan pelbagai karya kreatif dan penuh mesej hasil kerjasamanya dengan beberapa pereka fesyen tempatan.

Antara yang pereka fesyen yang kerap tampil dengan rekaan unik untuk bintang asal Negeri Sembilan itu ialah Melinda Looi di mana busana rekaannya sering menjadi pilihan Aina ketika beraksi di Anugerah Juara Lagu, mahupun karpet merah acara hiburan utama.

Tidak sekadar gaya, penyanyi berusia 32 tahun itu juga menjadikan fesyen untuk menyatakan 'statementnya' terhadap mesej atau cerita yang dibawakan dalam karyanya.

Hari ini, gaya unik dan istimewa Aina mula diterima dengan cara lebih positif dan menjadi ikutan artis-artis baharu yang turut mengampil inspirasi daripada keberanian Aina dalam berfesyen.

7klik bawakan himpunan persalinan unik yang pernah digayakan Aina pada beberapa acara hiburan sepanjang tahun 2024, sementara menantikan gaya dan kreativiti  terbaharu yang bakal ditampilkan Aina untuk tahun 2025. - 7KLIK

[KREDIT FOTO: Instagram Aina Abdul]






ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments