KEJAYAAN menghimpunkan 28 ribu penonton pelbagai generasi di konsert The Journey Of Sound (TJOS) Judika x Datuk Sri Siti Nurhaliza di Stadium Merdeka, 14 Disember lalu membuktikan jenama Siti Nurhaliza terus relevan dan menjadi fenomena selamanya.
Bermula dengan Konsert Live Siti Nurhaliza diadakan pada 30 Oktober 1999 di Stadium Putra, Bukit Jalil yang menghimpunkan 70 ribu penonton, Siti Nurhaliza yang bakal menyambut tiga dekad kerjaya seninya pada April 2025, dikatakan akan muncul dengan konsert tradisi Irama Malaysia.
Ia sesuatu yang wajar sesuai dengan status Biduanita Negara itu. Tidak ramai yang berani melakukan konsep sebegini. Tetapi untuk Siti Nurhaliza tiada yang mustahil.
Meskipun banyak komen tentang kegagalan pihak penganjur dalam konsert TJOS ini, ia berjaya diatasi oleh kehebatan persembahan vokal dan persembahan Siti Nurhaliza dan Judika yang memukau.
Diharapkan untuk konsert seterusnya pihak pengurusan Siti Nurhaliza harus peka dengan segala kritikan, komen dan pandangan yang diberikan.
Perbaikilah apa yang terkurang. Terima kritikan dengan fikiran terbuka dan paling penting carilah pihak penganjur yang berwibawa dalam menguruskan konsert. Atas kertas atau sidang media memang semua indah tetapi hari kejadian lain ceritanya.
| FOTO: Instagram Siti Nurhaliza |
Tiga dekad untuk Siti Nurhaliza selepas ini apa lagi yang akan ditampilkan? Inilah persoalan perlu ditelitikan dan dibawa ke meja perbincangan.
Memang sokongan para peminat terutama Siti Zoner tiada taranya. Pun begitu banyak hal lain juga perlu dikemas kini agar konsert, album, 'branding' Siti Nurhaliza terus mendahului.
Siti Nurhaliza perlu terus menjadi penanda aras untuk pelapis seni yang lain. ‘Living Legend’ ini adalah sejarah penting dunia seni negara. Fikir-fikirkan lah. - 7KLIK
~ Nota by Jebat Iskandar ~
ARTIKEL LAIN:
0 Comments