PENYANYI veteran Aspalela Abdulah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sekitar 10 pagi Ahad.
Allahyarham yang mempunyai tiga anak dan tiga cucu menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun akibat komplikasi masalah kesihatan.
Difahamkan penyanyi yang mencipta nama pada era 1960-an itu terjatuh dalam bilik air ketika bangun untuk menunaikan solat Subuh di kediamannya di Taman Melati sebelum dikejarkan ke hospital.
Aspalela yang dikenali sebagai penyanyi lagu Melayu asli itu pernah bergelar juara Bintang Radio 1968.
Sepanjang penglibatan dalam bidang seni, Allahyarham telah menghasilkan sebanyak lima buah album termasuk album berjudul Joget Cari Makan pada 1991.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur selepas Asar hari ini. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments