Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Mahkamah perintah lagu Adele, Million Years Ago diturunkan daripada semua platform muzik dunia


PENYANYI pop terkenal, Adele diarahkan untuk menurunkan lagu nyanyiannya Million Years Ago daripada semua platform penstriman muzik setelah karya tersebut dikatakan diciplak daripada lagu lama yang dihasilkan komposer dari Brazil.

Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah di Brazil selepas komposer terbabit iaitu Toninho Geraes mendakwa Adele menciplak karya miliknya berjudul Mulheras yang dihasilkannya untuk penyanyi Martinho da Vila pada 1995.

Sebagaimana dilaporkan The Guardian, perintah tersebut menuntut syarikat rakaman penyanyi yang popular dengan lagu Someone Like You itu membayar denda sebanyak AS$8,000 (kira-kira RM35,584) bagi setiap tindakan ketidakpatuhan.

Tidak hanya itu, syarikat rakaman terbabit juga diarahkan untuk menghentikan segera secara global daripada menggunakan, menghasilkan semula, menyunting, mengedar atau mengkormesialkan lagu tersebut termasuk menerusi fizikal atau digital, penstriman atau perkongsian.

Bagaimanapun syarikat rakaman Adele itu masih boleh membuat rayuan berhubung perkara itu sementara menunggu tindakan lanjut mengenai kes berkenaan. Namun sehingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat rakaman tersebut.


Sementara itu, Geraes turut memfailkan saman bagi kehilangan royalti dan ganti rugi moral berjumlah AS$160,000 (RM711,680) serta kredit penulisan pada lagu nyanyian Adele itu.

Lagu Millions Years Ago dilancarkan pada 2015 menerusi album ketiga Adele berjudul 25. Karya tersebut menyaksikan liriknya ditulis sendiri oleh Adele sendiri, manakala melodinya adalah hasil gubahan Greg Kurstin. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments