SEBUAH konsert istimewa, Perayaan Patah Hati Babak 1. Kuala Lumpur yang menampilkan band emo terkenal Indonesia, For Revenge bakal menemui peminat di Malaysia.
Persembahan yang dibawakan secara eksklusif daripada Miebird Projects selaku penganjur itu bakal berlangsung pada 6 Disember ini, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Grup lokal sedang meningkat naik, Insomniacks akan turut beraksi sebagai artis jemputan dan menghiburkan penonton yang hadir.
For Revenge yang dibentuk di Bandung, Indonesia pada 2006 merupakan sebuah grup muzik emo yang dianggotai oleh Boniex Noer selaku vokalis, Arief Ismail (gitar), Izha Muhammad (basis), dan Ari Pribadi (dram).
Kekuatan utama kumpulan muzik ini terletak pada pemahaman mereka bahawa dalam mengusahakan muzik emo, ekspresi emosi perlu jujur dan lantang.
Komitmen dan keberanian For Revenge dalam mencipta muzik beremosi telah ditunjukkan sejak mereka muncul di persada muzik bebas menerusi album Fireworks (2010), Second Chance (2013), dan Auristella (2019).
Perlahan tetapi pasti, kumpulan ini telah berjaya membina salah satu pangkalan peminat band yang paling setia dalam persada muzik independen, menjadikan mereka antara bakat baharu yang paling dikagumi di kota Bandung.
For Revenge teruja bertemu peminat di Malaysia | FOTO: Miebird Projects |
Selain daripada rekod prestasi mereka yang telah mencapai sedekad, kejayaan besar yang dicapai oleh album Heartbreak Celebration - Round 1 pada 2022 membawa nama mereka menjadi perhatian ramai.
Bersandarkan balada pop-rock beremosi seperti Serana, Jakarta Hari Ini dan Untuk Siapa? yang telah membawa ke pencalonan Anugerah Musik Indonesia (AMI) pertama mereka dalam kategori Duo/Kumpulan/Kolaborasi Pop Terbaik), For Revenge juga membayangkan kelahiran semula kegemilangan band kontemporari dalam industri muzik Indonesia.
Tiket Perayaan Patah Hati Babak 1. Kuala Lumpur dijual dengan harga RM168, RM198, RM238, RM298, RM438 (VIP BOX), RM258 (Meet & Greet. Pembelian boleh dibuat menerusi lama web illasotickets.com . - 7KLIK
[KREDIT: Miebird Projects - Terima kasih Opie]
ARTIKEL LAIN:
0 Comments