ONE Love Music Festival menjanjikan persembahan muzik 12 jam tanpa henti dengan menampilkan barisan 12 artis terkenal dari Malaysia dan Indonesia.
Festival yang dibawakan leh Tuff KL itu akan berlangsung di Dewan A, MAEPS Serdang pada 21 Disember depan.
Antara artis yang terlibat adalah Hujan, Bunkface, Kugiran Masdo, Drama Band, Insomniacks, 53 Universe, Gerhana Ska Cinta, Feby Putri, Nadin Amzah, Nabila Taqiyyah, dan Salma Salsabil.
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tuff KL, Muhammad Zul Aqil, penubuhan Tuff KL adalah dengan misi untuk menyatukan orang ramai melalui muzik serta komuniti, dan One Love Music Festival adalah cerminan kuat visi tersebut.
“One Love Music Festival bukan sekadar konsert, ia adalah gerakan yang bertujuan untuk memanfaatkan kuasa muzik demi menghubungkan individu daripada pelbagai latar belakang.
Menerusi kerjasama dengan beberapa penaja seperti AirAsia MOVE dan sokongan lebih 20 universiti awam dan swasta, Tuff KL mengaplikasikan strategi penjenamaan unik dengan melibatkan pelajar sebagai promoter, berkolaborasi dengan jenama tempatan dalam komuniti, dan bekerjasama dengan lebih daripada 50 influencer yang akan memanfaatkan platform mereka untuk menghebahkan pendedahan mengenai acara itu.
Pendekatan tersebut bukan sahaja menginspirasikan golongan muda, tetapi juga mengukuhkan hubungan tempatan, serta mempromosikan rasa kebanggaan terhadap seni dan budaya Malaysia.
Sehingga kini, lebih 4,000 tiket telah dijual menyaksikan keterujaan yang ditunjukkan terhadap festival tersebut.
Tiket dijual dengan harga RM55, RM150, RM169, RM450 (Meet & Greet - terhad kepada 50 peminat). Pembelian boleh dibuat menerusi laman web www.ticketmelon.com/olmfest . - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
Festival yang dibawakan leh Tuff KL itu akan berlangsung di Dewan A, MAEPS Serdang pada 21 Disember depan.
Antara artis yang terlibat adalah Hujan, Bunkface, Kugiran Masdo, Drama Band, Insomniacks, 53 Universe, Gerhana Ska Cinta, Feby Putri, Nadin Amzah, Nabila Taqiyyah, dan Salma Salsabil.
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tuff KL, Muhammad Zul Aqil, penubuhan Tuff KL adalah dengan misi untuk menyatukan orang ramai melalui muzik serta komuniti, dan One Love Music Festival adalah cerminan kuat visi tersebut.
“One Love Music Festival bukan sekadar konsert, ia adalah gerakan yang bertujuan untuk memanfaatkan kuasa muzik demi menghubungkan individu daripada pelbagai latar belakang.
"Dalam era di mana hubungan sosial kadangkala terasa rapuh, festival ini berfungsi sebagai peringatan tentang kegembiraan dan perpaduan yang dapat dibawa oleh muzik secara langsung", ujarnya.

0 Comments