Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Trending sebaik sahaja dilancarkan - Rosé, Bruno Mars bikin kejutan dengan APT


Oleh: AILEEN ADAM

BINTANG K-Pop sensasi Rosé membuat kejutan buat para peminatnya apabila tampil berkolaborasi dengan penyanyi Bruno Mars menerusi perilisan single APT, pada Jumaat.

Kolaborasi unik dua bintang papan atas ini tentunya menarik perhatian luar biasa dalam kalangan penggemar muzik global. Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba rilis single, tiba-tiba 'trending' satu dunia.

APT merupakan single pertama Rosé bersama agensi yang menguruskan kerjaya solonya, The Black Label dengan kerjasama Atlantic Records selaku agensi globalnya.

Sebaik sahaja dilancarkan, muzik video (MV) single tersebut terus meraih jumlah tontonan yang tinggi dan melaju setiap jam di platform YouTube. Sehingga kini (ketika artikel ditulis), ia sudah melepasi angka 17 juta tontonan tidak sampai 24 jam rilis.

Tanpa teaser mahupun promosi awal, Rosé dan Bruno telah menghangatkan jagatraya dengan APT yang cukup sederhana tetapi berimpak luar biasa.

Kedua-dua penyanyi ini hanya memberikan 'hint' tentang kolaborasi tersebut sehari sebelum ia rilis apabila masing-masing memuat naik foto bersama dengan kapsyen lucu menggambarkan keakraban mereka. 



APT merupakan lagu yang diinspirasikan daripada permainan 'minum bir' masyarakat Korea yang dikenali sebagai 'Apartment' yang cukup menghiburkan.

Idea dan penghasilan lagu itu dicetuskan sendiri oleh Rosé ketika dia dan rakan-rakan bermain permainan itu sebelum ia ditulis menjadi sebuah karya menarik bersama Bruno dan barisan penerbit iaitu Cirkut, Omer Fedi dan Rogét Chahayed.

Aksi comel

Tidak hanya lagunya yang 'catchy' dan mudah menjadi ikutan, MV yang diarahkan oleh Daniel Ramos and Bruno itu juga memikat dengan cara tersendiri.

Meski tampil dengan konsep yang cukup ringkas menggunakan latar merah jambu dan hitam (pink dan black) serta menampilkan aksi mereka bermain drum serta gitar ala band garage rock, MV tersebut kelihatan sangat menarik dan bertepatan dengan tema lagunya.

Sesekali ingatan seperti terimbau kepada penyanyi Avril Lavigne yang suatu ketika dulu meledak dengan vibe muzik sedemikian. 

Interaksi serta keserasian Rosé dan Bruno terlihat sangat kuat, malah terlihat seolah-olah begitu akrab. Lebih mengejutkan salah satu babak muzik video berkenaan memaparkan anggota Blackpink itu memberi ciuman di pipi Bruno.

Aksi-aksi comel Rosé dan Bruno juga menjadi parodi di media sosial dan 'trending' hanya dalam masa beberapa jam sahaja. 

Tidak hanya itu, APT juga pantas memasuki carta muzik global dan mendaki kedudukan teratas pada hari pertama rilis. Impak luar biasa yang ditunjukkan dua ikon muzik global ini tidak apat dinafikan sesiapapun.



Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja mereka dan memberikan reaksi positif terhadap kolaborasi tersebut. Ramai menyifatkan paduan suara dan keserasian ditunjukkan kedua-dua penyanyi itu cukup istimewa. malah diluar jangka.

Terdahulu, anggota Blackpink, Lisa tampil dengan tiga single iaitu Rockstar, New Women dan Moonlit Floor, manakala Jennie mencetuskan kehangatan dengan single berjudul Mantra yang baru sahaja rilis pada 11 Oktober lalu.

Dalam pada itu, Rosé sebelum ini turut mengumumkan bakal melancarkan album solo penuh pertamanya yang berjudul Rosie yang memuatkan 12 buah lagu pada 6 Disember depan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments