Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Taylor Swift sokong Kamala Harris jadi presiden AS


BINTANG pop terkemuka, Taylor Swift secara terbuka menyatakan sokongannya kepada calon presiden Demokrat, Kamala Harris, dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024.

Swift dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya pada Rabu, memaklumkan akan mengundi Harris pada pilihan raya yang akan berlangsung pada 5 November depan itu.

"Saya akan mengundi Kamala Harris dan Tim Walz dalam Pilihan Raya Presiden 2024. Saya menyokong Harris kerana beliau memperjuangkan hak dan nilai yang saya percaya memerlukan seorang pejuang untuk mempertahankannya.

"Saya rasa beliau ialah pemimpin yang tenang dan berbakat, dan saya percaya kita boleh mencapai lebih banyak lagi di negara ini jika dipimpin dengan ketenangan dan bukannya kekacauan," ujarnya tanpa ragu.

Pendirian itu dinyatakan bintang berusia 34 itu, beberapa minit selepas debat presiden disiarkan di televisyen, yang menyaksikan calon jawatan itu bertembung buat pertama kali.

Dalam hantaran sama, Swift juga mejelaskan penyebaran imejnya yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI), telah menunjukkan dia menyokong Trump secara palsu dan tidak benar sama sekali.

"Ia membawa saya kepada kesimpulan yang saya perlu sangat telus mengenai rancangan sebenar saya untuk pilihan raya ini sebagai pengundi.

"Cara paling mudah untuk menentang maklumat salah adalah dengan kebenaran," tegasnya.



Pada penghujung hantaran yang menggunakan foto dirinya bersama seekor kucing, penyanyi lagu Lover itu menulis ungkapan 'wanita tanpa anak bersama kucing,'.

Ia dipercayai sebagai sindiran kepada calon naib presiden Republikan, JD Vance, yang sering menggunakan ungkapan tersebut untuk menggambarkan beberapa pemimpin wanita Demokrat.

Sokongan Swift ini dianggap sebagai sokongan terbesar daripada industri hiburan untuk calon dari parti Demokrat. - 7KLIK 


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments