Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Blackmores raih kemenangan ke-10 sebagai jenama Platinum di Anugerah Trusted Brands 2024

Blackmores raih kemenangan ke-10 sebagai jenama Platinum di Anugerah Trusted Brands 2024 | FOTO: Blackmores

BLACKMORES, jenama terkemuka dalam sektor kesihatan semula jadi di peringkat global, melakar sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai jenama Platinum dalam Anugerah Trusted Brands 2024.

Penghargaan yang diterima melalui undian oleh pengguna Malaysia, mengukuhkan komitmen Blackmores untuk menyediakan suplemen berkualiti tinggi dan kedudukannya sebagai jenama yang paling dipercayai dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan.

Ditubuhkan di Australia oleh Maurice Blackmores pada tahun 1932, Blackmores telah menjadi peneraju global dalam produk kesihatan semula jadi yang didedikasikan untuk meningkatkan kesejahteraan holistik pengguna di seluruh dunia.

Sejak kehadirannya di Malaysia pada tahun 1973, Blackmores kekal komited kepada prinsip asas naturopati yang menawarkan pelbagai jenis suplemen berkualiti tinggi yang memenuhi pelbagai keperluan pengguna tempatan.

Selama lebih 90 tahun, Blackmores  telah membina legasi kepercayaan, inovasi dan kecemerlangan dengan memanfaatkan kuasa penyembuhan alam semula jadi.

Pada tahun ini, Blackmores mencatat pencapaian istimewa dengan memenangi anugerah Platinum untuk Jenama Dipercaya buat kali ke-10  di negara ini, menandakan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap jenama itu.

Anugerah yang dinilai berdasarkan kualiti, nilai, inovasi dan tanggungjawab sosial, merupakan bukti dedikasi jenama itu terhadap kecemerlangan dan menjadi sebagai pilihan yang bernilai dan boleh dipercayai di kalangan pengguna Malaysia.

Pengurus Negara Blackmores Malaysia dan Singapura, Kumaran Chandrasergaran berkata, di Blackmores kualiti menjadi keutamaan bagi produk dan perkhidmatan.

"Kami amat berbangga kerana dipilih sebagai pemenang anugerah Platinum buat kali kesepuluh tahun ini. Ia membuktikan dedikasi kami terhadap kecemerlangan terus diiktiraf.

"Kami merasa amat dihormati kerana terus manjadi pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan holistik mereka,” ujarnya.

Kredibiliti anugerah itu berakar umbi dari tinjauan bebas lebih 8,000 pengguna di pasaran utama Asia. Para peserta menilai jenama berdasarkan enam ciri utama termasuk kebolehpercayaan, kualiti, nilai, pemahaman pelanggan, inovasi dan tanggungjawab sosial.

Hasil undian tersebut kemudian digandakan dengan purata markah atribut untuk menentukan kedudukan akhir bagi memastikan keputusan yang objektif dan tepat secara statistik.

Kualiti

Kejayaan Blackmores dibina atas komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kualiti. Setiap produk mencerminkan amalan berasaskan bukti jenama itu dalam menentukan dos optimum dalam setiap suplemen.

Dengan menjalani lebih 30 ujian dan pemeriksaan kualiti yang ketat, Blackmores mengekalkan standard keselamatan dan keberkesanan tertinggi untuk memastikan setiap suplemen secara konsisten memenuhi jangkaan pelanggan serta piawaian kawal selia.

Pendekatan yang teliti ini juga dipadankan dengan komitmen yang mendalam terhadap kelestarian dan komuniti. Jenama ini aktif dalam memberi sumbangan kepada komuniti di mana mereka beroperasi, sambil mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Blackmores mengamalkan penyumberan dan inisiatif yang bertanggungjawab untuk mengurangkan sisa, seperti memastikan 98 peratus pembungkusannya boleh dikitar semula dan berusaha mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang tahun 2030, untuk menjamin masa depan yang lebih sihat untuk semua.

Sebagai sebahagian daripada perancangan perniagaan masa hadapan, Blackmores komited untuk terus kekal di barisan hadapan dalam inovasi kesihatan semula jadi.

Melalui Institut Blackmores, peneraju global dalam produk kesihatan semula jadi itu akan terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, mencipta produk baharu berdasarkan penemuan saintifik terkini untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah.

Untuk maklumat lanjut tentang produk penjagaan kesihatan semulajadi Blackmores, boleh melayari blackmores.com.my- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments