Hot Posts

6/recent/ticker-posts

"Wak mende ujong minggu ni? Jom Karnival Jom Heboh kini di Terengganu


SIRI jelajah Karnival Jom Heboh (KJH) masih diteruskan dan kini akan menuju ke Pantai Timur. Acara padang paling lama anjuran Media Prima Berhad kembali lagi menggegarkan Terengganu Darul Iman setelah hampir dua tahun tidak menapak di negeri ini.

Kali ini, KJH akan membawa konsep yang berlainan, bukan hanya memfokuskan kepada persembahan dan hiburan, malah menjanjikan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk semua lapisan keluarga dan masyarakat yang semestinya bakal menceriakan seisi sekeluarga.

Jangan lepaskan peluang ini dan pakat ramai-ramai hadir ke KJH Terengganu yang akan diadakan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu bermula pada 1 Ogos (Khamis) sehingga 3 Ogos (Sabtu) ini.

KJH dinobatkan sebagai ‘Acara Padang Paling Lama’ oleh The Malaysia Book Of Records (MBOR) atas penganjurannya yang berlangsung lebih daripada 20 tahun. Sejak daripada tahun 2003, KJH berjaya mendapat sambutan yang luar biasa dan penuh meriah di kalangan pengunjung yang hadir.

Untuk tahun 2024 ini, KJH telah menapak di Sarawak, Putrajaya dan baru-baru ini di Melaka dan berjaya menarik lebih 300,000 pengunjung di setiap lokasi.

Kepelbagaian Aktiviti

Sepanjang keberadaan KJH selama tiga hari berturut-turut di Pantai Timur, pelbagai aktiviti menarik akan disediakan bagi para pengunjung di Studio Tonton Drama Sangat, Studio Jom Heboh, The New Straits Times Press Berhad, Hot FM dan Kool 101.

Para pengunjung juga berpeluang untuk bertemu dan berhibur bersama barisan selebriti seperti Sophia Albarakbah, Hazama, Aiman Hakim dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan rakan-rakan ‘TikTok Creators’ juga akan membanjiri tapak KJH sempena kolaborasi bersama TikTok Awards yang bakal berlangsung pada 11 Ogos ini.

Lebih istimewa, di Studio Tonton Drama Sangat akan menyediakan kejutan besar dengan menawarkan hadiah utama, Samsung Smart TV bersaiz 65” yang bernilai sehingga RM6,000 setiap satu, setiap hari.

Untuk menyertai, pengunjung hanya perlu mendaftar sebagai ahli baharu dan langgan pelan Tonton untuk merebut peluang dalam cabutan bertuah yang diadakan setiap hari. Pelbagai gerai jualan juga disediakan bagi memeriahkan lagi suasana karnival.

Pengunjung berpeluang menikmati hiburan dan pada masa yang sama menambah ilmu pengetahuan serta memperkaya rohani. KJH Terengganu kali ini turut menyajikan program-program ilmiah dan islamiah yang dapat memperkayakan minda dan jiwa para pengunjung.

Pengisian program disediakan merangkumi pelbagai aspek yang dapat memberikan manfaat dan panduan dalam kehidupan seharian.

Barisan Artis Popular

Untuk edisi kali ini, KJH akan meneruskan tradisi itu dengan menampilkan Program Selawat Perdana (Khamis, 1 Ogos), Akustika Jom Heboh dan Malam Senandung Jom Heboh (Jumaat & Sabtu, 2 Ogos & 3 Ogos) yang dinanti-nantikan oleh penduduk pantai Timur.



Kedua-dua persembahan bagi malam kedua dan ketiga tersebut dibarisi penyanyi hebat tanah air seperti Naim Daniel, Black Hanafiah, Ameng Spring, Tomok, Joey BPR dan ramai lagi.

NSTP ‘Petting Zoo’, Kejohanan Bola Jalanan Vocket ‘1vs1’ dan Jom Kreatif @ Galeri Prima menjadi antara tarikan baharu yang ada di KJH Terengganu kali ini.

Selain itu, pengunjung juga boleh singgah ke Jom Kreatif @ Galeri Prima untuk menyemarakkan kreativiti melalui aktiviti seni yang menyeronokkan dan menarik menggunakan bahan kitar semula.

Pengunjung Karnival Jom Heboh Terengganu pastinya tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana pelbagai barangan percuma dan hadiah menarik berjumlah RM300,000.00 menanti.

Dalam usaha menghibur, KJH turut sensitif dan mengambil berat susulan krisis kemanusiaan yang berlaku di dunia Palestin. TV3 sentiasa prihatin terhadap krisis kemanusiaan dan kekejaman yang  berlaku ke atas rakyat Palestin.

Anda boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331. Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima akan digunakan untuk membiayai bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

[KREDIT: TV3]

Post a Comment

0 Comments