Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Undang keterujaan, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle akan ditayangkan di pawagam sebagai filem trilogi epik


SEMASA episod akhir Hashira Training Arc daripada Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba disiarkan, Crunchyroll, platform utama anime di seluruh dunia, mengumumkan bahawa mereka bakal membawakan Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle secara eksklusif ke pawagam di seluruh dunia sebagai filem trilogi epik.

Ketiga-tiga filem itu akan diedarkan Crunchyroll dan Sony Pictures Entertainment di seluruh dunia, kecuali pasaran-pasaran Asia tertentu, termasuk Jepun. Pun begitu, tarikh tayangan masih belum diumumkan.

Acara sinematik tiga bahagian itu mewakili arka terakhir dan kemuncak siri shonen anime yang memenangi anugerah yang sangat popular.

Presiden Crunchyroll, Rahul Purini berkata, Demon Slayer telah menjadi francais yang luar biasa, dan Crunchyroll berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripadanya sejak awal lagi.

"Crunchyroll sangat teruja kerana dapat membawakan trilogi filem ini kepada peminat ke layar besar. Ia akan menjadi salah satu sorotan budaya pop yang benar-benar epik dan gemilang pada zaman ini apabila ditayangkan di pawagam," ujarnya.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba berdasarkan siri manga oleh Koyoharu Gotoge yang diterbitkan di Bawah Shueisha's Jump Comics yang terdiri daripada 23 jilid dan lebih 150 juta salinan dalam penerbitan.

Francais itu telah mendapat kekaguman berjuta-juta peminat di seluruh dunia sejak kemunculannya pada tahun 2018.



Kisah ini bermula apabila Tanjiro Kamado, seorang budak lelaki yang keluarganya dibunuh oleh makhluk iblis, menyertai Demon Slayer Corps untuk menjadikan adik perempuannya Nezuko kembali menjadi seorang manusia selepas dia berubah menjadi iblis.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba mula ditayangkan pada April 2019 dengan Tanjiro Kamado, Unwavering Resolve Arc, diikuti dengan filem cereka Mugen Train pada Oktober 2020, dan siri TV Mugen Train Arc dan Entertainment District Arc dari 2021 hingga 2022.

Pada 2023, Swordsmith Village Arc debut di Crunchyroll, sejurus selepas Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba - To the Swordsmith Village untuk tayangan layar lebar.

Pada tahun 2024, Hashira Training Arc ditayang tidak lama selepas Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba - To Hashira Training (tayangan layar lebar). Pengeluaran animasi adalah daripada ufotable.

Filem terbaharu, Mugen Train, To the Swordsmith Village, dan To the Hashira Training telah menerima kejayaan komersial dan kritikal.

Mugen Train kini memegang rekod sebagai filem anime dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dan filem Jepun dengan kutipan tertinggi di box office global, memperoleh lebih 500 juta USD setakat ini.

Ia kini menduduki tempat sebagai filem anime kedua tertinggi dalam sejarah box office Amerika Syarikat, selain memperoleh 98% skor pengkritik dan 99% skor penonton (dengan 10,000+ penilaian disahkan) di Rotten Tomatoes.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba kini tersedia untuk distrim di Crunchyroll. - 7KLIK  


ARTIKEL LAIN:

[FOTO: ©Koyoharu Gotoge/SHUEISHA, Aniplex, ufotable]

Post a Comment

0 Comments