Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tular selepas 7 tahun, lagu Chentaku nyanyian Zizan, Sonaone raih 1 billion tontonan di TikTok


SELEPAS tujuh tahun diterbitkan, lagu Chentaku nyanyian Zizan Razak bersama SonaOne di bawah label terkemuka tanah air iaitu Rocketfuel Entertainment kini berjaya meraih 1 billion tontonan di TikTok.

Lagu yang turut mendapat sentuhan Joe Flizzow itu menjadi tular sehingga trending pada laman media sosial tersebut.

Teruja dengan perkembangan itu, Zizan menyatakan rasa syukur kerana Chentaku berjaya menambat hati peminat tanpa mengira latar belakang dan golongan biarpun sudah beberapa tahun dilancarkan.

“Walaupun dah bertahun-tahun lamanya, lagu Chentaku masih lagi relevan dan ia diterima ramai tidak kira umur dan golongan," ujarnya menerusi perkongsian di laman sosial instagram Rocketfuel Entertainment.

Selain itu, pelakon dan penyanyi itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghasilkan kandungan dengan menggunakan lagu tersebut sehingga berjaya meraih 1 billion tontonan.

“Saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang buat konten dengan menggunakan lagu Chentaku. Hasil daripada konten-konten yang dibuat, lagu itu berjaya mencecah 1 billion tontonan dan iamerupakan satu angka yang sangat besar,” katanya.

Pada perkongsian sama, laman Instagram, Rocketfuel Entertainment juga turut berkongsi potongan klip video TikTok para influencer dan selebriti yang menggunakan lagu Chentaku dalam video mereka.

Antaranya seperti Mimi Lana, Syafiq Kyle, Merqeen, Leona, Imranbard, Sherry Alhadad, Nabila Razali malah Alan Walker dan ramai lagi.

Dalam masa yang sama, video lirik lagu itu juga sudah menghampiri 10 juta tontonan pada saluran YouTube Rocketfuel Network selepas tujuh tahun dilancarkan.

Chentaku diterbitkan pada 2017 dan ia mengisahkan seorang jejaka yang telah cinta pandang pertama dan berusaha untuk mendekati gadis tersebut. Bagaimanapun, cinta itu hanya dari jauh dan rasa malu menyelubungi diri masing-masing tatkala pertama kali bertemu.

Single tersebut dicipta oleh SonaOne, manakala Joe Flizzow bertindak sebagai penerbit eksekutif. Sementara lirik pula ditulis sendiri oleh Zizan bersama Joe Flizzow.

Strim lagu Chentaku di semua digital platform seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox, YouTube dan YouTube Music. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[KREDIT: Rocketfuel Entertainment - Terima Kasih Joe Saiful]

Post a Comment

0 Comments