Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Selamat bergelar isteri, Sarah Suhairi kini milik Aswad Anuar


PENYANYI Sarah Suhairi sah bergelar isteri apabila selamat disatukan dengan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Aswad Anuar, 39, sekitar jam 8.29 pagi Jumaat.

Dengan hanya sekali lafaz, pasangan mempelai itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Suhairi Hamdan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan iaitu Ahmad Khaliq Md Rasid.

Pada upacara penuh harmoni yang berlangsung di Barern Hill, Hulu Langat, Selangor itu, Sarah, 24, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2,486.

Pengantin lelaki turut menyerahkankan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripda pengantin perempuan. Bagaimanapun jumlah hantaran tidak dinyatakan.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, rakan selebriti yang terdiri daripada Sissy Iman, Nai, Daniel, Wany Kayrie, Afieq Syazwan dan lain-lain.

Sarah dan Aswad mula berkenalan pada 2020, sebelum mengikat tali pertunangan pada 27 Januari lalu. Bekas juara program Big Stage musim pertama itu dalam temubual bersama media berkata, perkenalannya dengan suami bermula apabila mereka bertemu di Pusat Ekuesterian Bukit Kiara, Kuala Lumpur, empat tahun lalu.

Aswad merupakan jurulatih bertauliah sukan berkuda, manakala Sarah pula memang aktif dalam aktiviti itu sejak berusia 14 tahun lagi. Minat yang sama dalam sukan berkuda menjadikan mereka mula rapat dan serasi bersama.

Mengulas tentang status suaminya yang berstatus duda anak tiga itu, sarah berkata, dia sudah maklum sejak awal perkenalan lagi.

"Sepanjang perkenalan , saya sudah berjumpa dengan tiga anak perempuannya. Alhamdulillah setakat ini mereka menerima kehadiran saya dengan baik.

"Sebelum ini mereka panggil saya 'aunty', jadi selepas ini mungkin ibu," katanya berterus-terang tentang hubungannya dengan anak-anak tirinya yang berusia 14, 10 dan 8 tahun itu.

Terdahulu, Aswad pernah mendirikan rumah tangga pada 2008, namun perkahwinannya itu berakhir pada 2019. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:
[FOTO: Instagram Sarah Suhairi]

Post a Comment

0 Comments