Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pizza Hut Malaysia bawa kembali kelazatan Durian Cheese Pizza


PIZZA Hut Malaysia sentiasa berusaha memastikan pelangan dapat menikmati hanya yang terbaik dengan membawa kembali piza kegemaran ramai, Durian Cheese Pizza.

Gabungan keju mozarela berkrim dengan durian D24 ini boleh didapati di restoran Pizza Hut terpilih di seluruh negara sehingga 31 Ogos 2024.

Durian Cheese Pizza yang kembali buat kali kedua, boleh didapati sebagai Piza Biasa Ala-Carte dengan harga berpatutan.

Ia juga boleh didapati dalam set Hidangan Peribadi MyBox yang menampilkan Durian Cheese Personal Pizza atau Melts berserta satu hidangan sampingan dan minuman.

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk memenuhi selera pelanggan yang sering berubah.

"Selama lebih empat dekad, kami sentiasa menginovasi piza bagi memenuhi cita rasa rakyat Malaysia. Durian, yang sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia, digabungkan dengan keju mozarela berkrim, menghasilkan gabungan rasa yang unik  pada piza kami.

“Kami merasa sangat teruja kerana dapat membawakan kembali piza yang sangat enak ini, dan berharap agar rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menikmati piza yang lazat berkrim ini, menjadikan setiap hidangan di Pizza Hut sebagai satu pengalaman yang istimewa,” ujarnya.

Durian Cheese Pizza boleh didapati untuk makan di restoran, bawa pulang, dan penghantaran dalam talian di semua restoran Pizza Hut di seluruh Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, dan Johor.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila kunjungi www.pizzahut.com.my- 7KLIK

ARTIKEL LAIN:
[KREDIT: Pizza Hut Malaysia] 

Post a Comment

0 Comments