Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Olimpik Paris 2024: Liputan penuh Sukan Olimpik Paris 2024 secara percuma di RTM


RTM bakal membawakan kepada rakyat Malaysia dan semua peminat sukan seluruh negara untuk mengikuti aksi 17 hari tanpa henti Sukan Olimpik 2024.

Stesen paling dipercayai itu menjadi penyiar rasmi Olimpik Paris 2024 dengan menawarkan 578 jam siaran percuma termasuk 170 jam siaran secara langsung bagi menyaksikan atlet negara bersaing bersama atlet ternama dalam temasya sukan paling berprestij dunia itu.

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, RTM memberikan penonton akses bagi menyaksikan temasya sukan terulung dunia itu melalui Saluran Okey, Saluran Sukan RTM dan tontonan secara dalam talian di RTMKlik.

"Inilah peluang seluruh rakyat Malaysia untuk bersorak dan menzahirkan sokongan kepada 26 atlet negara yang bersaing dalam pelbagai sukan penuh cabaran antaranya berbasikal, pelayaran, angkat berat, menembak, memanah, terjun, badminton, golf dan renang dalam usaha meraih emas Olimpik pertama Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan.

RTM juga bakal menyiarkan Siaran Langsung Upacara Pembukaan Olimpik Paris 2024 pada 27 Julai (waktu Malaysia), jam 1 hingga 5 pagi dari Jardins du Trocadero dan Sungai Seine, manakala acara penutup pada 12 Ogos (waktu Malaysia), jam 2.30 hingga 5.30 pagi dari Stade de France.

Pastikan RTM menjadi pilihan anda untuk pengalaman dan keterujaan selama 578 jam siaran percuma termasuk 170 jam siaran langsung sukan penuh aksi. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:
[KREDIT: RTM - Terima Kasih Nurul Fariza]

Post a Comment

0 Comments