Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Olimpik Paris 2024: Gara-gara kantoi merokok, gimnas Jepun dihantar pulang


BUKAN senang mendapat peluang untuk beraksi di temasya sukan berprestij dunia, Sukan Olimpik yang sememagnya didambakan oleh semua atlet dunia.

Namun peluang itu disia-siakan seorang gimnas dari Jepun iaitu Shoko Miyata, apabila 'ditangkap' merokok yang mana perbuatan itu melanggar peraturan Persatuan Gimnastik Jepun yang melarang daripada merokok.

Akibat daripada itu, atlet berusia 19 tahun itu, telah dihantar pulang ke Jepun dan dilaporkan bakal berdepan sesi soal jawab oleh Persekutuan kebangsaan Jepun dan universitinya di Tokyo.

Kejadian yang berlaku dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi Sukan Olimpik membuka tirai di Paris pada 26 Julai ini tentunya memberi satu tamparan hebat buat skuad gimnastik Jepun.

Apatah lagi Miyata merupakan kapten pasukan Jepun yang telah memenangi pingat gangsa dalam disiplin batang titian di Kejohanan Dunia 2022 di Liverpool, selain memenangi tiga Kejohanan Asia dan tiga pingat Sukan Universiti Dunia. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:



VIDEO PILIHAN

Post a Comment

0 Comments