Hot Posts

6/recent/ticker-posts

NLKO musim baharu tampil pendekatan berbeza


SETELAH lima bulan bersiaran di TV9, program bual bicara, Nasi Lemak Kopi O (NLKO) kini kembali dengan musim dan wajah baharu yang lebih segar.

Musim baharu itu akan bersiaran bersiaran langsung secara ekslusif mulai 3 Julai, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 10.30 pagi.

NLKO musim baharu ini tampil dengan pelbagai segmen menarik dengan penyusunan semula segmen lebih dinamik dengan membawakan pengisian informasi lebih bermanfaat dengan menggabungkan hiburan santai serta perbincangan mengenai isu-isu semasa.

Edisi kali ini masih mengekalkan tujuh pengacara versatil iaitu Erra Fazira, Fizo Omar, Fakhrul Radhi, Muaz Mohamed, Irfan Ali, Syamira Nazir dan Qila Shahirah bagi membincangkan lebih banyak topik menerusi segmen baharu seperti Viral, Santai NLKO, Oyenko, Resolusi Resepi, Petua Orang Dulu-Dulu serta hiburan daripada busker tempatan.

Lebih menarik, ia juga akan membawakan lebih ramai usahawan tempatan untuk membicarakan tips kejayaan dan inspirasi berniaga kepada rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, pengacara NKLO, Fizo Omar, teruja apabila program itu menampilkan gandingan wajah baharu dan lama untuk memantapkan konsep serta pengisian sedia ada.

“NLKO telah bersiaran sejak tahun 2008 dan kini kembali dengan gabungan pengacara lama dan baharu. Gabungan ini memperkaya konsep program ini dengan variasi kandungan baharu.

"Dengan penggunaan media sosial yang lebih luas dan pantas, kami di NLKO dapat mengetahui kecenderungan penonton dan kami bersedia untuk menyajikan kandungan-kandungan yang mereka mahukan.

"Selain itu, terdapat juga variasi peniaga-peniaga tempatan yang ingin mengetengahkan produk mereka dan saya percaya program ini boleh menjadi penghubung di antara peniaga tempatan dengan penonton," ujarnya.

Berkongsi tentang segmen baharu, pembaharuan menarik dalam musim kali ini adalah menerusi segmen Santai NLKO, yang akan bersiaran dari luar studio untuk memberi nafas baharu kepada program, selain menyediakan penonton dengan perkongsian informasi yang lebih banyak. 

Ia termasuk penemuan lokasi makanan menarik, hobi terkini, idea aktiviti dan lain-lain yang dapat meningkatkan pengalaman penonton dalam mencari aktiviti atau tempat baru untuk dijelajahi, serta memberikan lebih banyak inspirasi kepada mereka.

Begitu juga dengan segmen-segmen lain seperti Resolusi Resepi yang mana pengacara atau chef akan mendemonstrasikan masakan secara langsung menggunakan resipi dikongsi daripada penonton terpilih melalui saluran media sosial dan pencipta resipi asala untuk dijemput ke studio. 

Segmen ini bukan sahaja mengenai perkongsian idea resepi yang pelbagai malah dapat memberi peluang penonton untuk muncul di kaca TV dan membuat demo masakan bersama pengacara.

Sementara Petua Orang Dulu-Dulu pula membawa pelbagai pendedahan petua yang boleh diguna dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Petua orang tua dulu-dulu yang akan dibincangkan, merangkumi perihal berkenaan tips kecantikan, kesihatan, masakan dan banyak lagi.

Tonton NKLO setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 10.30 pagi hanya di TV9 atau strim melalui Tonton di www.tonton.com.my- 7KLIK 


ARTIKEL LAIN:
[FOTO: TV9]

Post a Comment

0 Comments