Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MXI, Adi Priyo kongsi kisah dalam 'Aku Sedang Sedih'


MASIH baharu dalam indusri seni, kumpulan muzik sedang meningkat naik, MXI terbuka mengharungi cabaran dalam usaha untuk berkongsi karya dengan penggemar muzik tanah air.

MXI yang membawa maksud 'Mission Not Impossible' yang ditubuhkan pada 2022 itu tampil dengan muzik dan lagu-lagu genre Pop Rock.

Menjunjung misi setiap kejayaan tidak mustahil untuk dicapai sekiranya disertakan dengan usaha yang gigih, MXI yang dianggotai oleh Ocin selaku vokalis, Epul Kuat (gitar Utama), Faiz Haled (gitar kedua), Jason (bass), Juin (keyboard) dan Ejam (drum) yakin dengan hala tuju muzik dibawa.

Menurut MXI, mereka bakal melancarkan album sulung berjudul Peluang yang mana ia berkonsepkan album kolaborasi dengan menampilkan artis-artis lain bagi setiap lagu di dalamnya.

"Idea ini tercetus setelah kami melihat tiada lagi mana-mana pihak yang telah membuat konsep sebegini. Perancangan ini satu kelainan sekiranya berjaya dilaksanakan.

"Sebagai langkah pertama, kami menampilkan Adi Priyo daripada kumpulan 6ixth Sense untuk single pertama, Aku Sedang Sedih," ujarnya.

Mengulas lanjut tentang lagu ciptaan Natasyah dan MXI sendiri, manakala lirik sepenuhnya daripada Natasyah, kumpulan asal Kuala lumpur itu mengakui ia sebuah karya istimewa.

"Lirik lagu Aku Sedang Sedih ini menceritakan tentang perasaan sedih dan kehilangan seseorang dicintai yang telah pergi.

"Pada verse lagu ini, lirik menyampaikan kesedihan yang dialami kerana telah ditinggalkan kekasihnya, sementara di bridge dan chorus pula, dia memohon kekuatan dan berdoa kepada Tuhan untuk merelakan kepergian itu dan berharap untuk mendapatkan pengganti yang lebih baik pada masa akan datang.

"Secara keseluruhan berkenaan lagu ini adalah sebuah kekecewaan yang mahu digantikan dengan sebuah kebahagiaan," jelasnya.

Ditanya tentang harapan, MXI mahukan agar lagu kolaborasi pertamanya dengan Adi Priyo itu mendapat tempat di hati para penggemar muzik tanah air.

"Semoga lagu ini mendapat sambutan dan penerimaan yang baik oleh semua lapisan masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia, Singapura dan juga Brunei.

"Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan dan menjayakan lagu ini," akhirinya.

Single Aku Sedang Sedih boleh didengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok dan juga YouTube Music. Sementara muzik video pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MAP Music. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:
[KREDIT: MAP Music]

Post a Comment

0 Comments