Kesal dengan spekulasi yang tidak berasas itu, Laudya Cynthia Bella atau mesra disapa Bella akhirnya bersuara menafikan perkara tersebut.
Penafian itu disuarakan menerusi seorang individu dipercayai kenalan rapatnya bernama Kaditya Ayu yang menjelaskan laporan mengatakan Bella menikahi pendakwah terkenal pada Ahad adalah palsu.
Menurutnya, bintang filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu berasa kesal dan sedih apabila sering menjadi mangsa fitnah pihak tidak bertanggungjawab.
"Bella cakap dia sedih dengan berita tak sahih yang viral di media sosial. Bella juga dan izinkan saya untuk memberitahu perkara sebenar kepada umum," ujarnya.
Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan dari Malaysia, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang juga bekas suami pelakon Erra Fazira pada 2017, tetapi perkahwinan itu idak bertahan lama dan mereka bercerai pada 2020. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments