Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kes khalwat: Aliff Aziz, Ruhanies mengaku tidak bersalah


PELAKON Aliff Aziz dan Ruhanies mengaku tidak bersalah atas tuduhan kes khalwat melibatkan mereka yang didakwa dilakukan di sebuah kondomonium di Bukit Bintang pada jam 12.35 pagi, 9 Mac lalu.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, dan Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan, di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.

Hakim Syarie: Faham pertuduhan?
Aliff: Faham, mengaku tidak bersalah.
Ruhainies: Faham pertuduhan, saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Bintang utama drama Terjerat itu didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kes tersebut dikendalikan pendakwa syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Masroha Duki dan Mohd Nahar Mohamad. Sementara Aliff, 33, dan Ruhainies, 32, diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.

Mahkamah menetapkan perbicaraan kes pada 17 Oktober depan dan membenarkan bon jaminan masing-masing sebanyak RM1,500 dilanjutkan sehingga prosiding selesai. - 7KLIK 


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments