Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jamie Lee Curtin, Lindsay Lohan kembali bergandingan dalam Freaky Friday 2 selepas 20 tahun


FILEM komedi popular terbitan tahun 2003, Freaky Friday bakal kembali menemui menonton menerusi naskhah sekuelnya tidak lama lagi.

Selepas dua dekad, bintang utamanya Jamie Lee Curtin dan Lindsay Lohan akan bersatu semula selepas masing-masing mengesahkan penglibatan mereka dalam filem genre komedi-fantasi itu.

Berita tersebut pastiunya mengundang teruja peminat dan mereka yang pernah menonton filem terbitan Disney yang cukup menghiburkan itu.

Curtin dalam satu temubual berkata, selepas Lohan membuat kemunculan semula menerusi filem Falling For Christmas pada 2022, dia terus terbayangkan Freaky Friday dan mencetuskan idea untuk menghasilkan sekuel naskhah itu.

Difahamkan Freaky Friday 2 yang diarahkan oleh Nisha Ganatra itu kini sedang menjalani penggambaran di Los Angeles, AS.

Selain dua bintang utama itu, sekuel itu juga turut menampilkan Chad Michael Murray, Christina Vidal Mitchell, Haley Hudson, Lucille Soong, Stephen Tobolowsky dan Rosalind Chao. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments