Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Debut K-Drama The Auditors di Tonton, kupas skandal dunia kewangan yang penuh kejutan


K-Drama atau drama Korea memang digemari oleh penonton di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Menerusi jalan cerita menarik, produksi berkualiti tinggi, dan lakonan mantap, kebanyakan K-drama berjaya menarik perhatian penonton dari pelbagai lapisan masyarakat.

The Auditors adalah salah satu K-Drama terbaharu yang dinanti-nantikan tahun ini, sekali gus menambah senarai drama popular yang mencapai tahap wajib tonton.

Sementelah ia menduduki carta teratas dan mencetus perbincangan hangat dalam kalangan peminat serta ulasan positif daripada pengkritik serta penonton.

Drama yang dinanti-nantikan itu menjanjikan plot penuh dengan aksi, komedi, misteri, dan konflik yang mendebarkan serta barisan pelakon hebat yang pastinya akan memikat hati penonton.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan The Auditors yang kini ditayangkan di saluran linear tvN Asia melalui Tonton setiap Ahad dan Isnin, jam 9.15 malam, hanya selepas 24 jam selepas siarannya di Korea.

Episod pertama drama itu ditayangkan pada 7 Julai lalu, dan setiap episod tersedia untuk ditonton semula di platform Tonton sehingga 30 hari.

The Auditors menyingkap tentang kehidupan sekumpulan juruaudit yang terlibat dalam penyiasatan kes penipuan korporat besar-besaran di JU Construction, sebuah syarikat yang korup.

Drama itu bukan sahaja menampilkan plot yang kompleks dan penuh dengan liku-liku, tetapi juga memperlihatkan hubungan peribadi dan konflik antara watak-watak utamanya.

Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Shin Ha-kyun sebagai Shin Cha-il, Lee Jung-ha (Goo Han-soo), Jin Goo (Hwang Dae-woong), dan Jo A-ram (Yoon Seo-jin).

Antara babak menarik dalam The Auditors. 

Shin Cha-iI, ketua pasukan audit di JU Construction, terkenal dengan sikapnya yang dingin, ketidakpercayaan terhadap orang lain dan tegas membuatkan beliau sentiasa membuat pertimbangan yang tajam dan tepat.

Pasukan audit itu juga terdiri daripada seorang pekerja baharu, Goo Han-soo, seorang yang sangat mesra dan baik hati, bertentangan sifat dengan ketua pasukannya. Goo Han-soo bercita-cita untuk berpindah ke cawangan syarikat di Florida, bekerja sepenuh hati untuk mengembangkan kemahirannya dan membantu dalam pasukan audit ini.

Seorang lagi pemuda yang sangat berdedikasi dan bercita-cita tinggi dalam kerjayanya, Yoon Seo-jin. Personalitinya yang individualistik berbeza dengan Goo Han-soo, walaupun mereka bekerja bersama.

Sementara Hwang Dae-woongadalah Naib Presiden JU Construction yang memasang cita-cita untuk mengatasi dua abangnya dengan mengambil alih tugas sebagai presiden.

Yoon Seo-jin dan Hwang Dae-woong merupakan sahabat baik sejak kecil. Namun sifat mereka yang profesional ketika bekerja membuatkan mereka seolah-olah tidak mengenali sesama sendiri di tempat kerja.

Syarikat JU Construction sering menghadapi kehilangan wang sehingga bilion won. Maka di sinilah bermulanya tanggungjawab pasukan audit ini menyelidik setiap butiran dalam penyelewengan wang yang akhirnya membongkar rahsia syarikat. 

Mereka terpaksa menyelidik dan memutuskan siapa yang perlu dipercayai dan siapa yang mereka syaki terlibat dalam penyelewengan wang syarikat. 

Drama ini menawarkan sesuatu yang unik dan berbeza, dengan plot mendalam dan lakonan mantap. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan The Auditors dalam platform Tonton. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[KREDIT: Tonton - Terima Kasih Efendi Amir]

Post a Comment

0 Comments