Kini tersedia, menu yang dinanti-nantikan ini menampilkan hidangan klasik yang digemari ramai seperti Ayam Gangjeong dan Burger Ayam Gangjeong, kini dengan roti berwarna merah yang melambangkan kehangatan sos Gangjeong.
Selain itu, Marrybrown juga menyediakan Kimchi Rice Bowl yang melazatkan untuk melengkapi hidangan Ayam Gangjeong dengan sempurna.
Bagi mereka yang menginginkan lagi kenikmatan rasa Gangjeong, sos Ganjeong tersedia sebagai menu tambahan. Dapatkan untuk gabungan rasa manis, pedas, dan masam yang menyelerakan untuk kepuasan setiap hidangan.
Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Daniel Chan berkata, pihaknya tapil membuat kejutan kepada penggemar mereka dengan mengembalikan semula menu tersebut.
"Sejak bertahun-tahun lalu, budaya Korea telah tersebar dan menarik ramai peminat di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
"Dengan perkembangan Hallyu di Malaysia, Marrybrown mengambil kesempatan ini untuk mengejutkan peminat kami dengan mengembalikan semula menu kegemaran ini.
"Hidangan Gangjeong MB menggabungkan ciri-ciri tempatan dengan cita rasa makanan Korea yang pasti menarik minat rakyat Malaysia,” jelasnya.
Menu tersebut merangkumi Kombo Kimchi Rice Bowl, Kombo Ayam Gangjeong (empat ketul Ayam Gangjeong dan Kentang Goreng) dan Kombo Burger Ayam Gangjeong (Burger Ayam Gangjeong dan Kentang Goreng). Setiap kombo disempurnakan dengan segelas Strawberry Fizz.
Bagi mereka yang ingin mencuba setiap hidangan, Gangjeong Chicken Box Meal adalah pilihan yang terbaik iaitu set sajian Ayam Gangjeong dan Burger Ayam Gangjeong, Kentang Goreng, dan segelas Strawberry Fizz.
Cheese Sticks boleh ditambah dengan pembelian hidangan kombo dan anda juga boleh menikmati pencuci mulut terbaharu, Strawberry Custard Pie, dengan harga tambahan.
Tambah Daniel, sokongan pelangan mereka yang tidak berbelah bahagi telah membolehkan Marrybrown mempertahankan tradisi untuk menawarkan sesuatu yang berbeza dan lazat untuk rakyat Malaysia.
"Kami berharap penggemar kami akan menikmati hidangan cita rasa Korea ini dan kami akan terus berusaha untuk mencipta banyak lagi hidangan yang inovatif dan menggamit selera,” katanya.
Marrybrown kini memberi khidmat kepada berjuta pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Marrybrown di https://marrybrown.com/ . - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- the-hidden-plate-pengalaman-omakase
- top-10-kafe-kedai-kopi-terbaik-wajib.
- pizza-hut-malaysia-does-ultimate
[FOTO: Marrybrown - Terima Kasih Majorie Loone]
0 Comments