Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bintang Crouching Tiger, Hidden Dragon, Cheng Pei-pei meninggal dunia


PELAKON kelahiran China, Cheng Pei-pei yang dikenali menerusi  filem Crouching Tiger, Hidden Dragon meninggal dunia akibat sindrom Parkinson (CBD).

Cheng Pei-Pei yang sinonim dengan julukan 'Queen of Swords' itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 78 tahun.

Berita duka itu disahkan oleh wakil keluarga mendiang dalam satu hantaran di laman Facebook pada Rabu lalu.

"Ibu kami meninggal dunia di rumah dikelilingi keluarganya. Dia memilih untuk tidak mendedahkan penyakitnya kepada orang ramai kerana ingin menghadapinya secara peribadi dan menghabiskan masa sebaik mungkin bersama anak-anak dan cucu-cucu," tulisnya.

Cheng merupakan antara pelakon wanita pertama untuk mencipta nama dalam filem aksi dan mula dikenali ramai menerusi filem klasik Come Drink With Me.

Nama mendiang semakin menjadi sebutan menerusi watak antagonis yang dipegangnya, sebagai Jade Fox dalam filem Crouching Tiger, Hidden Dragon, arahan Ang Lee. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments