Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bawa pulang RM150,000, Aepul Roza juara The Hardest Singing Show


PENYANYI Aepul Roza menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara sulung The Hardest Singing Show (THSS) yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada malam Ahad.

Aepul atau nama sebenarnya Noor Syaiful Muhd Zalaludin, 36, tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu It's My Life nyanyian asal Bon Jovi dan Melompat Lebih Tinggi (Sheila On 7) secara duet Putera Muhammad bagi pusingan battle.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan vokalis Drama Band itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150,000, beserta pakej percutian pelayaran dan sebuah trofi.

"Saya tak pernah menang apa-apa pertandingan walaupun cabutan bertuah. Alhamdulillah rezeki Allah.

"Terima kasih kepada semua juri-juri yang saya hormati kerana mempercayai saya," katanya sebaik sahaja diumumkan sebagai juara.

Naib juara The Hardest Singing Show dimenangi Ayda Jebat dengan hadiah wang tunai RM20,000, pakej pelayaran dan trofi.

Diikuti tempat ketiga yang menjadi milik Stacy, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, pakej pelayaran dan trofi. Isteri Akim Ahmad itu juga memenangi Anugerah Pilihan Singing Show Alha Alfa menerusi undian dalam talian tertinggi, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM10,000.

Sementara itu Aisha Retno, Putera Muhammad dan Zizi Kirana pula masing-masing mengisi tempat keempat, kelima dan keenam.

Kesemua peserta diadili juru tetap Edry Abdul Halim dan Zizan Razak selaku juri tetap, manakala Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pelakon Adlin Aman Ramli sebagai juri jemputan.

THSS pada episod sebelum ini turut disertai Datin Alyah, DeFam dan Kaka Azraff.

Program kegemaran ramai yang bersiaran selama 10 minggu secara langsung di saluran Astro Ria, pada setiap Ahad, jam 9 malam itu dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Rina Nose. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments