Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[AlFatihah] Terlibat nahas jalan raya, Mansor Puteh meninggal dunia


PENGARAH dan pengkritik filem terkenal, Mansor Puteh meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya sekitar 10 pagi Ahad.

Nahas tersebut berlaku di Alam Damai, Cheras, apabila kereta jenis Proton Iswara yang dipandu Allahyarham hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Berita duka tersebut dikongsi pengarah dan pelakon, Mior Hashim Manap yang turut memaklumkan jenazah Allahyaram kini sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk urusan selanjutnya. Jenazah dijangka dibawa ke Melaka untuk proses pengebumian pada petang ini.

Ketika hayatnya, Mansor, 71, dikenali sebagai seorang pengkritik filem yang sangat lantang bersuara dalam usahanya untuk melihat industri perfileman negara berkembang maju.

Allahyarham juga pernah mengarahkan filem berjudul Seman pada 1988, selain menghasilkan dokumentari 48 minit mengenai Tunku Abdul Rahman berjudul Residency Years (Bertahun Di Residensi). - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments