Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan pada Selasa berkata, beberapa perubahan dilakukan terhadap corak dan motif pada rekaan terdahulu.
Corak baharu yang dipilih berlatarbelakangkan warna hitam dengan belang Harimau berwarna kuning yang lebih jelas dan besar pada sebelah hadapan dan belakang jaket.
Malah, rekaan terkini itu turut menonjolkan logo MOM dengan Jalur Gemilang dalam warna asli, berbanding warna emas yang dipaparkan pada corak terdahulu.
“MOM berasakan bahawa reka corak baharu ini melambangkan semangat Harimau yang sudah menjadi identiti Kontinjen Malaysia sejak kali pertama ia diperkenalkan pada Temasya Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA di Manila pada 2005.
Tambahnya, corak dan motif lebih terang itu diharapkan bukan sahaja menonjolkan identiti dan keseragaman kontinjen, malah turut melambangkan keperkasaan, ketangkasan dan keberanian atlet untuk berjuang atas nama negara.
Sementara itu, bagi rekaan kemeja-T berkolar berwarna emas, beliau berkata MOM masih mengekalkan corak dan motif sama tetapi dengan lakaran logo MOM dengan warna Jalur Gemilang sebagai tanda menghormati bendera negara.
Dalam kenyataan sama, Presiden MOM itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Yonex Sunrise Malaysia selaku penaja rasmi atas kesediaan mereka membenarkan penghasilan pakaian rasmi baharu menggunakan fabrik dan reka corak berbeza.
Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos depan itu bakal menyaksikan seramai 26 atlet yang mewakili negara dalam pelbagai acara. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments